Jumaat, 24 September 2010

takdir

atas segala kesulitan
pertengkaran juga perselisihan faham
tiada sehaluan ataupun penceraian
mungkin segala yang diharapkan
jadi tidak seperti yang dirancang
usahlah hendaknya menyalahkan
kepada takdirnya tuhan

memang benar manusia hanya merancang
sementara tuhan pula yang menentukan
akan tetapi segala yang dimulakan kita
setelah menimbang segala buruk baiknya
tentulah pada nanti akhirnya
yang menanggungnya juga kita!

andainya terjadi kegagalan
pasrahlah pada kekurangan
juga segala kelemahan
kita memang dijadikan
untuk akur pada kekuasaan
lantas bersyukur pada pemberian
serta menerima ketentuan
dari Zat yang menjadikan

pada yang telah ditakdirkan
samada kesedihan atau kegembiraan
ada pengajaran untuk tatapan
ada makna untuk perbandingan
ada ruang untuk penyesalan
ada neraca untuk perhitungan
ada peluang untuk keampunan
...

Rabu, 22 September 2010

janji pada diri

izinkan diriku
berpesan padamu
andai suatu waktu
maut menjemputku
simpankan airmatamu
sembunyikan kesedihanmu
beritahu aku kesediaanmu
juga kesetiaanmu
menuntun zuriatku
meniti dewasa
seperti remajanya kita
pada waktu dulu
penuhkan dadanya
dengan ilmu dunia
isikan jiwanya
dengan akhlak dan kitab
Mohammad rasul junjungan
seperkara lagi
mahukah kau berjanji
pada diri ini
taburkan bunga wangi
dipusara diri
pada suatu pagi
di Aidilfitri....

Isnin, 20 September 2010

kembali

selepas segala pesta
kunjungan hormat dan rumah terbuka
busana baru yang diperaga
pelbagai gaya dan citarasa
keadaan kembali jadi sediakala
ada ujian juga periksa
untuk adik dan anak kita
juga kerja lebih masa
untuk menampung terlebih belanja

selepas segala pesta
kembali menyukat masa
kedua orang tua
dikampong juga didesa
anak menantu dan juga cucu
meminta diri kemana tuju
sunyi dan sepi kembali bertamu
sehingga bertemu dilain waktu

selepas segala pesta
kita kan kembali leka
menjadi pelaku acara
mainan hidup di dunia
berkeluarga dan berkerjaya
berjaga dan melelapkan mata
menanti musim yang kedua
aidiladha diberikan nama
menunaikan haji rukun islam kelima

Selasa, 14 September 2010

rumah terbuka

selepas raya yang tradisi
demi zaman yang terkini
rumah terbuka disana sini
dimulai oleh pak menteri
juga kerajaan negeri
balaci dibekukan cuti
tinggallah anak dan isteri
beraya seorang diri
seri yang membawa benci
rumah terbuka mencemar mulia
dipagi raya berkumpul keluarga
bersalam sembah maaf dipinta
dihadapan juadah bergurau senda
sepersalinan baru adik bergaya

andai perlu diadakan jua
rumah terbuka dihari raya
utamakan dahulu tradisi keluarga
tanpa mereka siapalah kita!

bahagia dan derita

biarlah...
aku pilih derita
seandainya...
deritanya aku akan bahagialah kamu
kerana itulah mauku
dan itulah destinasiku
sekurang kurangnya...
untuk kau tahu
dan tak lebih dari itu
biarlah...
aku pilih derita
seadanya...
itulah aku dimata kamu
selebihnya...
cuma sang pencipta Yang Maha Tahu
dan aku tetap begitu
bahagia dalam derita

Isnin, 13 September 2010

hiba (i)

putriku cuma mampu
menggayakan baju raya yang masih berbaki
dihadapan cermin didalam rumah
sementara sikecil sentiasa merengek
tiada rakan saudara sebaya
sepatutnya berkumpul dihari raya
lantaran kami yang kembali ke kota
lebih awal dari yang disangka
semuanya kerana rasa bangga
pada kejayaan yang telah ditempa
sungguh sombong perilaku manusia
tiada lagi berlapang dada

terhadap ibuayah tercinta
meskipun mereka masih bernyawa
marah merajuk dan bermasam muka
dihadapan mereka membuat aniaya
syawal sepatutnya medan bahagia
memanjatkan kesyukuran terhadapNya
wahai kaum hawa...
jangan tambahkan lagi!
penghuni dunia api
ingat perintah nabi
patuh kepada suami!
disana kebahagiaan hakiki
yang mampu kamu miliki

Isnin, 6 September 2010

mara mengadap di pagi lebaran

buat ibunda yang aku berhutang susu
kepada ayahanda yang aku berhutang peluh
pagi ini anakanda datang bersujud sembah
mengemis kesian dan juga barakah
memohon dihalalkan yang sudah sudah
meminta dimaafkan yang silap dan salah
sememangnya anakanda banyak berolah
sedari kecil dibangku sekolah
sehingga dewasa hendak bernikah
tak sudah sudah mendatangkan susah
wahai ayah dan juga ibu
tidak terganti susu peluhmu
biar anakanda berumor seribu
segala jasamu tetap dikalbu
tanpa kemaafan kedua kamu
jalan kesyurga tak kan kutemu