Ahad, 26 Disember 2010

damai ini

.
damai ini
mengecapnya indah sekali
mengharap kekal dan abadi
laksana lena yang diuliti mimpi
dan terjaga pada suatu pagi
dengan senyuman yang berbaki

damai yang ini
kami menghargainya setiap hari
pada kehidupan kurniaan Ilahi
cukuplah damai sebagai rezeki
sempurnalah damai didalam hati
berkatlah damai disepanjang hari

damai ini
damai yang ini kekuatan kami
meskipun kehidupan perih diuji
berdoa kami moga berkekalan
damai yang ini sebagai imbuhan
jadi pakaian disepanjang zaman

damai yang ini
tiada rela diriku nanti
melihat yang lain sebagai pengganti
kerana hati telah berjanji
menyintai kedamaian yang telah diberi
damai yang ini tak usah pergi....

Khamis, 16 Disember 2010

mensyukuri diri

.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 17hb Disember 2010 pukul 12.54 pagi.

tiada berita yang lebih baik
sebaik doa yang diperkenankan
deritanya sang suri belum berkembang
barangkali masih diperingkat yang permulaan

alhamdulillah, terima kasih Allah
didalam malang masih bertuah
mendapat nasib yang telah dipermudah
sungguh!
hanya kepadaMu kami menyembah
tiada tuhan melainkan ALLAH

kepada yang telah memberikan perangsang
jiran tetangga dan rakan seperjuangan
juga yang pernah dahulu sepengajian
sungguh mustajab doa tuan puan sekalian
menperoleh restu mendapat perkenan

meskipun perjalanan hadapan masih panjang
kami ini dianugerah sedikit ruang
punyai perenggan untuk bertenang
serta menarik nafas yang penjang
mensyukuri nikmat yang telah datang

pada usaha yang bakal dipadu
yakinlah kami hala yang dituju
hanya padaMu tempat mengadu
mengakui akan kesalahan yang lalu
menghargai setiap detik dan waktu

pada deritanya penyakit sang suri
rela rasanya diri ini yang mengganti
begitu kasihnya rasa dihati
begitu korbannya cinta diabadi
hingga ke akhirnya hayatku nanti
begitu janjiku kepada diri! amin...

mara mengadap merafak sembah

.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 15hb Disember 2010 pukul 10.44 pagi.


selepas seminggu berduka nestapa
teruji kesabaran melampaui iman
dan diasak padah tangan yang menadah
ditindih pedih jasadku menagih
alhamdulillah
aku ini punya Allah!
dan aku ini kepunyaan Allah!
pada hati yang celaru keliru
Yang Maha Kuasa membenarkan doa doa ku
berkumpul para sahabat menyampaikan ucap
berkongsi rasa mengkhabarkan petua
Maha Suci Allah
rahsiaNya seawal dan sehujung dunia
milikNya jua dilangit dan yang dibumi
syukur kehadrat Allah
kepada sahabat yang bersusah payah
dari jauh memanjangkan langkah
yang dekat segera menjengah
kami ini dilimpahi hadiah
harapan dan doa yang tak sudah
kepada pemilik hati yang ikhlas
budi dan jasa takkan mampu dibalas
pada acara yang direncanakan
semoga Allah memberikan keizinan

pada malam ini
meskipun simpati masih datang berbaki
izinkan kami memohon langkah pemula
mara mengadap merafak sembah
merakam kasih bersulam sayang
sesungguhnya kasih yang kamu berikan
kami terimanya sebagai harapan
insyaAllah!
kami tiada akan mengalah
amin....

Selasa, 7 Disember 2010

patah siku bertongkat bahu

tersentak diri menerima berita
ketika membacanya dilaman maya
sedihnya hati tak mampu dicerita
sungguh teramat berat cubaan dariNya
meskipun bukan kami yang menanggungnya
kerana kami juga memiliki yang sebaya
bezanya cuma disana puteri disini putera!

wahai sahabat yang kami hormat
tiada apa yang mampu diperbuat
yakinlah Dia telah memberikan tempat
kepada putrimu pentas terhormat
menanti kamu dihari kiamat
untuk kita yang tiada melihat...
kepadaNyalah sembah munajat
pohonlah doa barang dihajat

kami disini tetap mengharapkan
tuan pulih dari kejutan
pasrah kepada ujian tuhan
sebagai tanda insan beriman
ada doa kami himpunkan
semoga tuan dilimpahi kesabaran!

amin!