Ahad, 21 Ogos 2011

ramadhan yang terluka

ramadhan yang terluka


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 12hb Ogos 2011 pukul 5.25 ptg.

ramadhan pasti luka
dan hati akan kecewa
kerana aman yang lena
dibenua sebelah sana

tangan yang bersenjata
pasti menuntut nyawa
salah atau benarnya
timbangtara manusia

amuk lebih maharajalela
tatkala syaitan dipenjara
bahang lebih ketara
pada nganga pintu syurga

kejinya hati kita
membelakangkan bulan puasa
mengatur porak peranda
pada rakan seagama

ramadhan yang terluka
barokah gugur binasa
pemimpin berseteru kata
masing masing benar belaka

yang miskin pergi mencuba
ikhsan dipintu sebelah sana
kemana diletakkan muka
yang dipangkuan rupanya kera!



alahai ramadhan

alahai ramadhan


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 09hb Ogos 2011 pukul 12.51 ptg.

alahai lah ramadhan
banyaknya berita kejam
kematian dan pembunuhan
kerana hati menjadi zalim

alahai lah ramadhan
fitnah juga direjam
agama menjadi permainan
sesama ulamak bertikam

alahai lah ramadhan
dugaan yang bermusim
perkara kecil dibesarkan
bijaknya melangkui hukum

alahai lah ramadhan
dituntut zakat kepala
terjadi sebaliknya pula
gereja yang membayarnya

alahai lah ramadhan
puasa sekadar acara
membeli juadah berbuka
dan pakaian bergaya

alahai lah ramadhan
puasa yang berkat
tersekat dijalanan
didesa nesan dipahat!



sifat ramadhan

sifat ramadhan


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 09hb Ogos 2011 pukul 7.05 pagi.

tak pernah ada kasihan
kuberikan terhadap insan
hanya dengan berdasarkan
pegangan dari keduniaan
dan hati menyatakan bantahan
dengan doa serta harapan
agar pintu hati dibukakan
pasrahlah pada keadaan

biar ramadhan sekalipun
tak mampu merubahkan
akan kebencianmu tuan
terhadap satu pasukan
yang tugasnya mengekalkan
perjalanan keamanan
seandainya punya kebencian
usahlah terhadap pakaian
lambang sesebuah jabatan

umpama membencikan sipolan
yang kamu sedang bermusuhan
sehingga haiwan peliharaan
menjadi mangsa tindakan
akhirnya tiada perbezaan
antara dia dan tuan
lantaran sikap bermusuhan
menampakkan persamaan

pintaku terhadap tuan
luaskanlah pemikiran
tuan insan budiman
bijak dalam pemikiran
pemimpin dimasa hadapan
andai punya keraguan
kembalilah kepada tuhan
usah pula bersenjatakan
kebencian dan permusuhan
yang itu pakaian syaitan

pada sifatnya bulan ramadhan
penuh dengan ketaqwaan
dituntut juga kesederhanaan
dalam sebarang tindakan
menjaga tingkah perbuatan
perkataan serta tulisan
usah berbantah bantahan
dalam urusan keduniaan
wangikanlah ramadhan
dengan ucapan santun.

Sabtu, 6 Ogos 2011

anak sungai itu

anak sungai itu


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 07hb Ogos 2011 pukul 1.10 ptg.

akulah anak sungai itu
keluar dari celahan batu
pada gunung kelabu
dengan deras memacu
juga dengan sejuk ngilu
memburu dewasa bersama waktu
menghambat muara dan laut biru

akulah anak sungai dahulu
bersih dan jernih asal sifatku
disuling dengan kerikil dan batu
sebelum bertemu sembilang dan puyu
dewasa bersama selut dan debu
yang akhirnya membentuk peribadiku
aku diwarnai peristiwa yang berlaku
akulah yang kau kenal dahulu
tatkala sekeluarga berkelah dihulu
akhirnya engkaupun lupa akan diriku
selepas kau isikan teknologi tepu
umpama secangkir teh berbaur susu
tanpa perduli sengsaranya dihatiku
pada siapa tempatku mengadu?

memang...akulah anak sungai yang itu
yang pernah kau puji bertalu talu
akhirnya mendapat keji serta jemu
tempat sang bedal sembunyi memburu
dikuala mengalir lesu serta layu
mengharap kasihan dan harapan yang baru
dilamar cuaca dan diterima oleh waktu

akulah anak sungai yang itu!

khutbah dan rahsia

khutbah dan rahsia




Dari pinggir ruang al ikhlas
seruan zakat diangkat
oleh khatib bertugas
dalam khutbah singkat

ramadhan bukti tegas
tentang hati yang belas
zakat mesti dijelas
beban sama digalas

ramadhanlah harinya
pintu syurga terbuka
ditutup pintu neraka
sabarku beransur lega

al ikhlas terus mengupas
makmum tersenyum puas
merasa maknanya bebas
dari syaitan yang buas

kubongkar satu rahsia
bukan untuk berbangga
sekadar berkongsi ria
pada mereka yang tiada

setiap waktu berzakat
selain mengikut syariat
aku tetap mendekat
terus pada yang berhajat

setiap bertukarnya tangan
beras yang dijinjingan
serta sedikit makanan
terasa akan kemenangan

ringan jadinya puasa
seringan sebuah derita
kalaupun sementara
tetaplah bermakna jua...

Rabu, 3 Ogos 2011

disiplin ramadhan

disiplin ramadhan


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 04hb Ogos 2011 pukul 12.33 ptg.



andai santun sebuah ramadhan
diterjemah sebagai disiplin
pada bulan bulan yang lain
jiwa pastikan lebih yakin dan;
syurga tentukan lebih mungkin

hanya insan kesayangan
akan mendapat sentuhan
dari kemahuan tuhan
untuk mengisi iman
dengan amal kemuliaan

menahan dari melakukan
sebarang jenis kemungkaran
dari amal perbuatan
hingga tutur percakapan
dengan penuh kesabaran

ramadhan bulan berjimat
dari tingkah tiada hemat
fikir tak bermatlamat
dan ucap tanpa maklumat
sentiasalah kita beringat

ramadhan itu pelaburan
zakat yang dihulurkan
sedekah yang diberikan
pasti mendapat pulangan
nanti atau sekarang

ramadhan pakej senaman
dua puluh ataupun lapan
kita yang menentukan
yang terdaya dikerjakan
biar Dia menilaikan

ramadhan ujian insan
dengan pelbagai matapelajaran
jujur sabar dan bertahan
asas markah diberikan
serta yang Dia berkenan

dan yang gagal dalam ujian
usah malu ataupun segan
sentiasa ada pilihan
dalam menghayati ramadhan
usah pula ambil kesempatan!

ramadhan itu guru
mengajar bersama waktu
sekali ia berlalu
kita akan merindu
yang baharu pula ditunggu...

hati, tatkala berhasrat

hati, tatkala berhasrat


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 04hb Ogos 2011 pukul 11.27 pagi.



lalu hati ini teruslah berhasrat
saat ramadhan yang berkat
terhadap ayahanda bonda
kurniakan afiat !kerana berpuasa
kita seharusnya kuat; mensyukuri
anugerah yang telah kita dapat

seawal pagi sahur pertamaku
segelas air suam dan nasi goreng
yang baharu; kerana masih panas
begitu...hidangan sang suri buat
mengalas perut keluargaku
alhamdulillah...kami berusaha
menafikan ghairah, ramadhan
yang sederhana namun meriah!

kembali hati ini berhasrat
dalam munajat yang singkat
ramadhan ini kan kuberi hayat
agar kekal segar dan menetap
dalam hati kan berkiblat
tanda syukur dan rasa hormat
kepada Kemuliaan Zat;
Yang Maha Besar dan yang
janjinya kan sentiasa tepat

hati ini tersangat ingin
seandainya diizinkan...
meranumkan ramadhan
dengan doa memohon
belas serta kasihan
kurniakan ikhsan untuk insan
yang teramat memerlukan
singkapkan untuknya
tabir hati, terangkan pandang
dan lenturkan lidah pasrah
lagi menyerah! kerana masanya
telah hampir sudah. dia telah cukup berdosa
kepada sejarahnya janganlah lagi hendaknya
diseksa pandangan mata waris walatnya!

dan dalam doa seusai isya' dalam menanti
seruan tarawikh; aku rakam sekalam
atau lebih tepatnya sehimpun kudus
doa buat yang sangat memerlukan,
semestinya dalam riak wajah malu...
mulutku bisu memberitahu ; biarlah
cuma aku dan Dia yang tahu!
kurniakan dia kefasihan bicara
untuk setidaknya bersaksi
kepadaMu dan KekasihMu
biar tentu hala dan tuju

begitulah hati tatkala berhasrat
dalam doa yang terpamer niat
kepada tuhanku sekiranya dapat
amat kasihan mataku melihat
sedangkan hidup sudah melarat

amin...
amin...
amin...ya Rabbil alamin!