Khamis, 30 Jun 2011

pesta lukis di ujung senja

pesta lukis di ujung senja


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 30hb Jun 2011 pukul 9.40 ptg.



aku mengunjungi balai senilukis dunia
pada hujung horizon di senjakala
dalam langkahanku ke teratak Dia
melunas tuntut menjadi manusia

siapa disana yang berpesta warna
merah biru kuning adunan sempurna
sekawan bangau menuju kesana
mungkin juga turut terpesona

Maha Suci Zat yang menjadikannya
setiap senja warnanya berbeza
aku terpana pada kehebatanNya
terasa kerdil bakat yang kupunya

warna lembayung kehebatan agung
kanvasnya alam warnanya ulung
tak punya asal tak punya hujung
tiada saing yang bakal bertarung

pada pesta lukis di ujung senja...
setiap mata kan pastinya memuja
walau dalam pengertian yang berbeda
cuma bagiku begitulah dalilnya;
nikmat tuhanmu yang mana akan didusta?

.

Selasa, 28 Jun 2011

dakapan shaiful bahari

dakapan shaiful bahri


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 29hb Jun 2011 pukul 7.41 pagi.

dakapan shaiful bahari
terpinga mata menyaksi
selamba dan semula jadi
tafsiran; itu sendiri sendiri

pautannya santai sekali
tidak dibuat buat , tanpa birahi
setakat melangitkan puji
kepada yang empunya diri

aku juga sebenarnya begini
mendakap erat memori
pada kasih yang bersemi
dengan caraku yang tersendiri

dakapanku mesra sekali
bukan dengan tanganku sendiri
sekadar berpantun dan puisi
berwarna bait bak pelangi

selagi kasih bersemi
selagi tidur diwarnai mimpi
selagi hubungan masih bererti
dibawah sedar di alam realiti

sebagai menghayati memori
sebagai tanda kasih bersemi
inilah namanya ku beri
dakapan shaiful bahari

Isnin, 27 Jun 2011

MENDAMPINGI RINDU (dedikasi buat tuan Mohd Nor Mahat)

mendampingi rindu

.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 27hb Jun 2011 pukul 6.23 ptg.




sehari sudah berlalu
namun hatiku rindu
pada suara syahdu
sahabatku yang satu

airmata hampir tumpah
pada bacaan surah
dengan suara yang lemah
hormat lagi berserah

subuhku jadi teguh
solatku juga bersungguh
mengantuk kutolak jauh
tumpuanku menyeluruh

andai diizinkan untukku
ingin lagi menunggu
tiba masuknya waktu
solatku berimamkan kamu

dalam mendampingi rindu
pada majlis berilmu
kuliah dan tazkirah olehmu
mendengar tanpa jemu

Allah Maha Kaya
setitis dari nikmatNya
berkongsi kita semua
hubungan berbau syurga













.

Ahad, 26 Jun 2011

pertemuan tertangguh lagi

pertemuan tertangguh lagi


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 26hb Jun 2011 pukul 9.02 ptg.



pertemuanku yang pertama kali
tetangguh lagi setakat disini
kawan dan rakan bermohon diri
masa terlalu pantas berlari
mungkin kerna cemburu dan iri

pertemuan tertangguh lagi
kesedihan terkesan dihati
terasa beratnya dihati ini
melihat rindu dibawa pergi
tah bila kan ketemu lagi

tertangguhnya pertemuan ini
bukan kerna kerelaan hati
tetapi demi kelangsungan diri
punya jiwa sabar menanti
memberikan kita waktu peribadi

pertemuan yang tertangguh ini
setakat itu kehendak Ilahi
syukur atas kesempatan diberi
dilain masa dan dilain kali
kita usahakan sekali lagi

pertemuan yang dilain kali
kami doakan didalam hati
sudi sudikan melapangkan diri
menyambung perhubungan ini
jangan biarkan ianya terhenti




.

Isnin, 20 Jun 2011

bersalah

bersalah


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 20hb Jun 2011 pukul 11.28 ptg.


aku rasa bersalah
didalam menggunakah lidah
tatkala mewaraskan hujah
tersentuh hati disebelah

malunya terhadap Allah
milikNya sepatutnya hadiah
namun dalam berhelah
terlanjur jua madah

maafkan andai bersalah
jika hatimu marah
bahasa terlanjur sudah
almaklum aku tidak sekolah!

ingin kutebus dosa
kiranya mengusik jiwa
kuterima apa segala
asalkan keadaan reda

usahlah berpatah hati
pada ucapku tadi
kususunkan sepuluh jari
memohon sekali lagi

ingin hati berjanji
takut mungkir kembali
takkan kuulangi
untuk kedua kali

untuk kesekian kali
maafkan diriku ini
mencuit tersalah sisi
tanpa niat dihati!

dewasa

dewasa


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 20hb Jun 2011 pukul 10.38 ptg.



selamat mendewasakan usia
kepada persahabatan kita
pertemuan yang pertama
kita terlalu hijau warnanya

selamat mengulangi semula
pertemuan yang pertama
selepas tiga dasawarsa
hubungan kita tentu dewasa

selamat kita mencuba
menyambungkannya semula
kehidupan ini sementara
hubungan melangkaui pusara

selamat sahabatku semua
mencari mercunya jaya
didunia dan akhirat sana
seimbang dan setara

selamat mengangkat nama
maktab rendah sains MARA
beritakan kepada dunia
kejayaan dan kekuatan kita

selamat berjumpa semula
alhamdulillah untuk Yang Esa
berkat kerna keizinananNya
hari ini bertentangan mata
...





















.

Khamis, 16 Jun 2011

dunia air mata

dunia air mata


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 16hb Jun 2011 pukul 10.26 ptg.




dunia air mata...

katanya sekadar senjata wanita
membeli simpati yang kita punya
aku sangsi akan kebenarannya
airmata milik insan yang bernyawa

airmata punya hikmat dan harga
airmata lambang pasrah dan rela
yang gugurnya menangisi dosa
airmata taubat seorang hamba

airmata mengalir jua
tatkala sakit yang tiada terhingga
melihat mangsa mendapat celaka
simpati mengundang si airmata

pada rindu teruna dan dara
airmata teman yang setia
menongkat dagu didepan jendela
tiada berasa berlalunya masa

airmata mudah diduga
berlagu tangisnya si anak manja
selepas mendapat barang dipinta
berlalu dia meninggalkan bonda

tatkala kita meraikan jaya
sekian lama kita berusaha
bekorban jiwa dan jua raga
airmata gembira menitis jua

banyaknya kisah si airmata
saat lahir hingga kepusara
samada melihat maupun buta
airmata kan tetap gugur jua!

Jumaat, 10 Jun 2011

menjadi bapa (untuk selamat hari bapa)

menjadi bapa ( untuk selamat hari bapa )


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 11hb Jun 2011 pukul 1.06 ptg.




lelaki harus terasuh
mengasah tajam pengaruh
menumpu terangnya suluh
menjadi rendangnya teduh
sebelum bertemu jodoh

lelaki seharusnya tahu
kemana hala dan tuju
didalam kehidupanmu
siapa imam dan guru
tempatnya menimba ilmu

lelaki juga harus mampu
memikul beban dibahu
tiada tempat mengadu
terpulang waras akalmu
semua jawapan milikmu

lelaki perlu bersedia
ditabal menjadi raja
memerintah kerajaan dunia
memimpin bala tentera
menjuarai medan juangnya

menjadi lelaki juga
tiada lengkap kiranya
tidak memimpin keluarga
ketua rumahtangga
serta menjadi bapa

dan menjadi seorang bapa
suami yang berguna
ayah yang sempurna
kembalilah kita keasalnya...
menjadi lelaki mulia!



.

Rabu, 8 Jun 2011

status simpati

status simpati


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 08hb Jun 2011 pukul 10.12 ptg.Ini merupakan pratonton nota anda.




hati ini melagukan simpati
pada usaha saudara saudari
bagi mengulangi kembali
pertemuan kesekian kali

untuk sekali ini
selepas sekian mencari rezeki
serta membina keluarga sendiri
sudi apalah kiranya diri

kita singgah menjenguk sebentar
mengucapkan salam bertanyakan khabar
ketepikan malu sembunyikan debar
berjumpa; berkisah dengan panjang lebar

mungkin kesempatan tiada ulangan
pertemuan yang ini jadi kesudahan
anak anak MRSM Seremban
sempurnalah sebuah persahabatan

kalau dahulu kita seganding
dipandu guru jalan seiring
bertemu mimpi dimenara gading
pamerkan jayamu yang masing masing

pasti gurumu menumpang bangga
anak didiknya insan ternama
kita berhimpun mengenang jasa
budi pendidik tiada terhingga

pada usaha mempertemukan kembali
terima kasih daun keladi
murni usaha saudara saudari
jodoh pertemuan milik Ilahi!



.

Rabu, 1 Jun 2011

status sunyi (iii)

status sunyi (iii)


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 01hb Jun 2011 pukul 10.14 ptg.Ini merupakan pratonton nota anda.



terhibur apa kiranya diriku
saat menonton sandiwara bisu
yang pelakunnya bernama waktu
dan pengarahnya bergelar nafsu

betapalah pementasan
yang bertemakan bosan
sentiasa bermain difikiran
saat diri mengharapkan
hadirnya sebuah jawapan
pada semua persoalan

pada aib yang terpalit
lebih seksa dari penyakit
tiada rela walaupun sedikit
biarlah diri menanggung sakit
setidaknya hati tidak tercuit

jauh dipenjuru hati
mengharap duga terhenti
kembalikan tenang pada hati
begitu doa terhadap Ilahi
perkenankanlah permintaan kami

pada sunyi sepanjang malam
saat sepi yang amat bungkam
kami sekadar berteleku diam
menanti kasih bernama ilham
menjengah kamar hati yang kelam

status sunyi (ii)

status sunyi (ii)


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 01hb Jun 2011 pukul 7.34 ptg.


hati tertanya sendiri
kemana membawa diri
sahabatku yang sejati
pergi tinggalkan sunyi

paparan demi paparan
ku eja dengan perlahan
mencari saat kebetulan
bertemu dalam layaran

dahulu kamulah kaduk
bersorak dan bertepuk
dalam setiap tajuk
ilham yang aku pupuk

ataukah diri merajuk
sinisku bertukar kutuk
air di dulang ditepuk
basah mukamu buruk

mari kemari kupujuk
tintaku sekadar pojok
kalaupun bukan jeruk
tiada niat memburuk

kembalilah menghayati
bersama sama kami
membaca dan memahami
rahsia sekeping hati

andai hati berbicara
kalau diri terasa
maafkan tiada sangka
kami insan biasa!







.