Ahad, 31 Mac 2013

Antara Jawapan dan Harapan

Antara Harapan Dan Jawapan
Oleh: md share abd ghani

Tatkala masa masih memisah
Antara kehidupan dialam nyata
Dengan kematian yang selama lamanya
Aku masih berlengah disini
Bergelumang dengan angan yang tersisa
Bersama gendala sebuah cecita
...
Setiap gerak uja yang diusaha
Sepasrahnya mengharap kurnia jaya
Dari amatan doa dan sehayat khidmat
Tinggal menanti redha Dia
Dan sekalong ucap penguat semangat
...
Kitalah sebuah jentera berhayat
Yang masih mengharap, mencari sebab selepas akibat
Dari keterujaan semangat penuh minat
Kita terlantar gering dan penat
Selepas bertemu jawapan dari seluruh ilat
...
Disini
Diantara dua sela masa
Aku menacap doa dalam dua solat
Satunya fardhu dan yang satunya sekadar sunat
Moga hari esok masih terakad
Untuk aku terus berharap
Pada syahdu kurnia dari Yang Maha Zat
Moga ada bahagianku disini dan diakhirat

Sekelumit Diketadian

Sekelumit Diketadian
Oleh: md share abd ghani


Diketadian...
Selepas bersyahdu sendiri diatas sejadah
Ku mengulangi kesyukuran...
untuk kali yang keberapanya;
lupa pula untuk ku mengiranya
Dan kupanjatkan doa dan sedekah;
sebiasanya sekadar membacakan surah alFatihah
Dedikasiku buat para sahabat sejuang
Yang menemui medan syahid mereka di Sabah
Memangnya dalam menyarung sepasang seragam;
ajal maut dan geruh kan mengiring
bersama peluru dan senjata terampuh
Dan tatkala sayembara berkehendakkan korban
Takdir menjadi pemutus kata yang tiada mungkir

Di medan yang ini...
Delapan jiwa melahad kebumi
Bawa bersama tangisan yang tiada henti
Dari suara dang suri, putera dan puteri
Malah seisi warga pertiwipun turut sama menangisi
Dua panglima terlihat ikut mengetap gigi
Barangkali menggumpal seranah juga maki
Sayangnya dikanannya pak menteri dan dihadapan acara langsung menerusi kaca televisi
Mereneh bebutir keringat perlahan tiris dipipi
Gamaknya hari inilah hari tercelaka sekali
Melihat jasad perajurit terpenggal usus terburai
...
Dan untuk kesekiannya
Tatkala selesai bersyahdu diri dihadapan Yang Maha Esa
Sisa airmata masih mahu ikut berkaca
Tanda simpati tiada tara
Pasrah namun berbangga
Kepada delapan sang adipati wira
...
AlFatihah...
...
Lobai: tmn impian putra

Pagi Dan Sebuah Harapan

Pagi dan sebuah harapan
Oleh: md share abd ghani


Pagi ini
Aku sebatikan semua deria
Dengan hening suasana
Mencari apa yang pernah aku ada
Dahulu...pada sedikit masa
Walau bukan kehilangannya
Hakikatnya tetap sama
Aku tidak memilikinya!

Pagi ini
Bila rasa tiada mula berkuasa didalam dada
Kulabuhkan menungan di birai jendela
Menanti hembusan bayu utara membisik berita
Biarkanlah walau seberapa lama dan sederita mana
Aku ingin tegar dengan sebeban setia

Pagi ini
Bila aku merasakan tiada
Kutitipkan sedikit nota
Walau kamu tiada membaca
Namun dengan apa cara
Aku pasti engkau kan mendapatkannya
...
Lobai5981: tmn impian putra

Warkah buat dang suri

Warkah buat dang suri
Oleh: md share abd ghani


Isteriku
Ajarkan aku untuk tahu
Sebanyak mana kasih untukku
Kerana bagi diriku
Cukuplah semungkin senyum dibibirmu
Membisik dihujung renungan mataku
Duhai isteriku
Mendekatlah kau kepadaku
Sehingga menyentuh hela nafasku
Kerna balasan untukmu ada disitu
Sungguh menyintaimu saban waktu
Kutitipkan doa disebalik pintu
Setiap pergiku meninggalkanmu
Engkaulah destinasi yang ku tuju
Setiap pulang yang kutunggu tunggu

Isteriku
Disebalik senjata, seragam dan peluru
Kupasangkan azimat berupa wajahmu
Setiap kesentosaan ada pengorbananmu
Dan setiap pengorbanan hanya untukmu

Kemarilah isteriku yang satu
Ucapkan selamat buat diriku
Serta maafkan kesalahan nan lalu
Sesuatu yang tidak perlu kau tahu
Sehayat cinta kuserah padamu
Selamanya menjadi milik kamu

Lobai: tmn impian putra, bangi
Dedikasi sahabatku yg bergelar isteri
Dan yg meraikan sambutan ulangtahun perkahwinan...