Ahad, 26 Ogos 2012

Isteriku...
Ambilkanlah kemaafan dari dalam mataku
Untukmu dan anak anakmu
Dan tinggalkan senyumanmu disitu
Kerana aku sesungguhnya amat perlu
Mengutip senyumanmu
Sebagai restu
Tika meninggalkan kamu
Dengan sepasang seragam biru
...
Isteriku...
Lupakanlah kesalahanku yang lalu
Mengabaikanmu dengan tingkahlaku
Kini aku mengaku
Bahwa aku tidak mampu
Menjujurimu sepanjang waktu
...
Lobai:tmn impian putra bangi
Empat puluh ramuan perisa
Yang berkongsi belanga
Pasti mewarnikan selera
Hidangan pelbagai rasa
...
Empat puluh puteri dan putera
Dalam sebuah keluarga
Meriahnya suasana
Wajah pelbagai rupa
...
Empat puluh kuntum puspa
Didalam taman istana
Harum dan beraroma
Berseri di singgahsana
...
Empat puluh laras senjata
Taruhan sang perwira
Berkorban jiwa raga
Negara kan sentosa
...
Empat puluh pintu gua
Bertapa anak bangsa
Subur ilmu di dada
Masyhur di sayembara
...
Empat puluh tahun usia
Teratak perguruan kita
Pasti cukup dewasa
Kiranya masih bernyawa
...
Empat puluh puncak menara
Kau tawan dengan jaya
Berdirilah dengan bangga
Genggam ijazah bangsa
...
Lobai5981: tmn impian putra, bangi
Dalam tajuk Empat Puluh untuk Ansara Seremban

Selasa, 7 Ogos 2012

elergi sunyi

Selepas Ramadhan seperdua
Bayu kabut menabiri purnama
Rindu bonda membenak didada
Bening desa dan kenangan lama
...
Di beting kuala kuukirkan cinta
Pernah kita bercanda gembira
Kini selepas sekiannya lama
Kenangan itu berputik semula
...
Tiga dekad ditinggalkan masa
Semula bertemu antara kita
Dan mata bertentangan mata
Masih bergegar iman didada
...
Ramadhan yang ini aku mengaku
Aduhai tuhanku ampunilah aku
Tiada mampu terusan menipu
Menyintai dirimu seperti dahulu
...
Seandainya masih ada dihatimu
Secebis harapan memiliki diriku
Aku juga mengharapkan begitu
Tunggulah takdirmu dihujung waktu
...
Lobai5981:SL 181 sg long
tadi

Tadi...
Aku kembali kesini
Mencabar diri
Memilih ikatan naluri
Dari tambatan realiti
Kerana selama ini
Kasih bersemi
Dalam bicara sunyi tak berbunyi
Dan tadi...
Dari gerbang fantasi
Wajahmu kembali
Tersenyum sendiri
Menyerlah kekuatan peribadi
Mempamer kesempurnaan diri
Kini...
Bayanganmu pergi
Tinggalkan daku sendiri
Menyesali kekurangan diri
Mengharapkan dikau kembali
Menemani sepi disini
Dan kini...
Aku mengerti
Diantara dua sisi
Realiti dan fantasi
Aku sering bermimpi
Mengharap ikhsan Ilahi
...
Tadi...
Baru sebentar tadi
Kau datang dan kembali pergi
Tinggalkan aku sendiri
Tercalar harga diri...
...
Lobai5981:pejabat MPV, Semenyih
Suka ·
minda sang pengaman

Tatkala raga sendirian menyepi
Patah kekata ikut sunyi
Kotak fikir tajam memerhati
Cari dan imbas kekurangan diri
...
Dini ini kucari lena tersunyi
Selepas semalaman menentang naluri
Kabur seketika ingatan dan realiti
Seakan diri dibuai fantasi
...
Demi keamanan yang dikecapi
Relalah diri tersiksa mengabdi
Tiada harga dapat mengganti
Menjadi warga yang rela berbakti
...
Tika warasku kembali terisi
Kelopak mata terbuka sendiri
Salam wahai penghuni bumi
Minda sang pengaman kembali berfungsi
...
Lobai:tmn impian putra, bangi
Suka ·
terkadang
oleh Md Share Abd Ghani pada pada 24hb Julai 2012 pukul 10.12 pagi ·

terkadang...
tak mampu bahasa mengungkap
tiada upaya berdoa berharap
biarlah jadinya sekehendak Ilahi
akan kupasrah menghadapinya nanti
kerana sesungguhnya
pintamu selangit menara
tiada mampu untuk ku uja
walau mengerah segenap tenaga
...
terkadang...
kelu lidah untuk berbahasa
buta mata dan tuli telinga
tiada guna berpanca indera
tidak mampu mengutarakan fakta
sefasih lagu nyanyian pujangga
kerana mahumu
ditelan diluah ruginya setara
...
terkadang...
terasa pencak sumbang langkahnya
ajian jurus kosong dan hampa
musuh ketawa memerhatikan kita
kail sejengkal lautan diduga
kerana egoku
dilaman laga mendabik dada
melihat dunia kecil semua
...
terkadang...
antara kita tiada beza
...
Lobai5981:tmn impian putra, bangi
Suka · · Unfollow Post ·