Selasa, 26 Julai 2011

janji sekepal tanah (i)

janji sekepal tanah (i)


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 26hb Julai 2011 pukul 9.54 ptg.



janji sekepal tanah
selepas ditiupkan roh
disalut kulit pada tubuh
jadi insan yang berhemah
membantu kepada yang lemah
dan janjinya sekepal tanah
untuk hidup penuh maruah
tidak rela diri dijajah dijarah
itu janji sekepal tanah ...

pada janji sekepal tanah
setia pada bumi bertuah
tempat dimana darahnya tumpah
pantang undur atau menyerah
melawan hingga ke sudah
dan janjinya sekepal tanah
seperti peristiwa yang jadi sejarah
persis setia laksmana tun tuah
tiada akan melagukan sanggah
walau dihati hancur dan luluh
itu janji sekepal tanah...

akan janji sekepal tanah
pada ucapan kalimah syahadah
tiada tuhan melainkan Allah
dan Muhammad itu Rasulullah
cahaya sucipun terserlah
pada riak sepotong wajah
dan janjinya sekepal tanah
pada Zat yang mengaku disembah
pada waktu senang dan susah
hanya padanya tangan menadah
itu janji sekepal tanah...
...

Isnin, 25 Julai 2011

dia (dedikasi buat acik Miah kepis)

dia (dedikasi buat acik Miah kepis)


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 25hb Julai 2011 pukul 11.04 ptg.


tidak pernah banyak kiranya
aku bersedekah lidah
pada bacaan penghulu surah
selain kepergian allahyarhamah
dia ditakdirkan susah
kerana dilahirkan susah
dan melahirkan susah
namun perginya mudah
untuk bertemu Allah !

bersabarlah bonda
(sekiranya layak ku panggil bonda)
usah khuatirkan timbang neraca
punya Dia amat terpelihara
serta Maha adil seadil adilnya
biar setakat pandangan mata
kamu gagal merebut piala
semuanya itu nilaian manusia
tiada saksama tidakkan sama
untuk bonda yang telah derita
diatas dunia memburu kurnia

damailah bonda
aku ini tiadakan lupa
bagaimana bonda mencuci luka
dari caci puteri dan putera
bonda tersenyum memaniskan rupa
menafikan duka didalam dada
saat kami datang sekeluarga
menjengah muka dihariraya

tinggallah bonda
kami dendam rindu menduga
tatkala Ramadhan datang menjelma
keteratak bonda mendengar cerita
selepas menyampaikan beras dan gula
dari kami seikhlas yang ada
namun kini apakan daya
bonda pergi mendahului kita!

alfatihah...
amin...

Isnin, 11 Julai 2011

anugerah siang malam

anugerah siang malam


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 11hb Julai 2011 pukul 9.54 ptg.



sebetulnya kita harus membiarkan
mentari terbit memberikan sinaran
disebalik cahaya dan kehangatan
setiap makhluk mendapat bahagian

cahaya mentari adalah cabaran
sekiranya mampu kita menjadikan
kumpulkan akan segala kekuatan
terangi alam buana sekalian

seharusnya kita patut merelakan
mentari pergi digantikan bulan
datangnya malam dengan perlahan
suram cahaya hilang pedoman

kedatangan malam adalah sindiran
sepanjang hari apa kau lakukan
betapa nikmat menjalani kehidupan
pada siapa dipanjatkan kesyukuran

dalam melanggani kejadian malam
berdengkur nyawa diatas tilam
lena tidurnya dan mimpipun kelam
fajar subuh melonggarkan pejam

bening subuh suatu penghinaan
kepada yang lebih mengutamakan
lena panjang dan tidur berteman
terlupa anugerah siapa berikan!

Sabtu, 9 Julai 2011

kebangkitan

kebangkitan


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 09hb Julai 2011 pukul 10.51 ptg.

banyaknya upacara kebangkitan
sedang dalam pertunjukkan
atau yang baru lepas dipertontonkan
kebangkitan berkaitan insan
walau ada masanya dilayan
umpama haiwan dalam kurungan
walau apapun maksud tujuan
kebangkitan perlukan penghayatan

ada kebangkitan berkaitan kenangan
saat remaja menuntut pelajaran
rakan rakan seperjuangan
hadir sama dalam meraikan
bertanya khabar dan bersalaman
untuk menunjukkan penghormatan
bekas guru menjadi undangan

dan yang sedang diperhati penuh minat
kebangkitan berkaitan dengan semangat
katanya berjuang untuk kebaikan rakyat
begitu juga kumpulan yang menyekat
sudahnya pasukan keselamatan jadi penat
menjadi bahan keji serta umpat
kenapa keduanya memangsakan rakyat
mengapa tidak memilih jalannya debat
didewan negara dan juga dewan rakyat

untuk satu lagi saat kebangkitan
cuak diriku untuk memperkatkan
bimbang tersalah memberikan pedoman
yang nyata itulah sebesarnya kebangkitan
kita diadili setiap perbuatan
dengan seadil adil timbangan
menjadi saksi anggota badan
tunggulah kita hari yang dijanjikan!

Rabu, 6 Julai 2011

tentang kita

tentang kita


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 06hb Julai 2011 pukul 10.39 ptg.



kita berdiskusi tentang arah
tentang bunga dan buah
selepas banyak peluh yang tumpah
juga selepas melalui detik yang payah
tanpa melupakan nilai sejarah
juga pengorbanan ibu dan ayah

kita bincangkan juga tentang jumlah
tentang betul serta yang salah
berapa harus diberikan markah
selepas sekian menaburkan nafkah
juga selepas kita akur dan pasrah
masih sempat untuk menokok tambah

kita mesyuarat tentang jamaah
tentang yang masih atau yang telah...
betapa syukur kehadrat Allah
setiap pandangan kita telaah
sampai masa menyimpulkan hujah
pertemuan yang ini dipayungi hikmah!

kita isyaratkan dengan berhemah
tentang jarak yang hampir sudah
betapa usia tak seberapa langkah
seiring pertemuan menghampiri noktah
sungguh saat itu memang indah
melupakannyapun rasa takkan mudah!

potretmu sahabat: satu wajah sejuta pasrah

potretmu sahabat: satu wajah sejuta pasrah



.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 06hb Julai 2011 pukul 9.53 ptg.



hati jadi amat gawat
akalpun ikut kusut
pandangan mata terpaut
pada karya hebat
potret yang kulihat
dan kuamati dengan cermat
mencari cela cacat
namun tiada terlihat

menatap potretmu yang itu
teringat masa dulu
berkongsi teratak ilmu
sering juga bertemu
aku sememangnya tahu
kamu riang selalu
itu caranya dirimu

usah salahkan aku
menatap tanpa jemu
pada raut wajahmu
kerana aku cuma tahu
memuja wajah ayu
sebagai halwa mataku
tanpa niat tertentu
percayalah akan kataku

andai ada pujian
pertama akan kutitipkan
semestinya kepada tuhan
yang telah menjadikan
sesempurnanya kejadian
sebagai satu keajaiban
mata yang menyaksikan

selepas ucap kesyukuran
ingin hati mengucapkan
pada empunya badan
betapa hati tertawan
tak mampu menafikan
jelitawan empatpuluhan
ikhlas aku lafaskan
usah salahertikan
ucapku wahai kawan

akhirnya sekalongan tahniah
dengan susah payah
umpama jurufoto bertauliah
kamu mencari arah
sudut yang meriah
potretpun terserlah
satu wajah sejuta pasrah!
.

Jumaat, 1 Julai 2011

teratak bonda

teratak bonda


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 02hb Julai 2011 pukul 10.44 pagi.


waktu kami sekeluarga
kembali pulang ke desa
niat mengunjungi bonda
dihadapan teratak tua
mereba dahan kemboja
dijalin pucuk cempaka
tanda tidak terjaga

sebelum menjengah muka
menerusi dedaunan jendela
terkejut tiada sangka
murai masam mencuka
menjerit separuh gila
melindung tiga anaknya

lelabah ibarat belanda
menyibak lebar sarangnya
dipenjuru kamarnya bonda
mungkin tolong gembala
isi rumahtangga
dari ancaman serangga
begitu kisah ku teka
dari kitab agama

lidah bonda kelu
begitu juga diriku
hatiku ikut sayu
pada nasib bondaku
andai sesuatu berlaku
pasti tiada mampu
siapa memberitahu
siapa kan sampai dulu
geruh ataupun aku?

bonda sangat sayang
teratak banyak kenangan
anak anak kan datang
bonda rela seorang
berteman sang kunang kunang
tatkala malam menjelang
cuma kami bimbang
sempatkah menanti siang
sebelum kami pulang

bonda usahlah begitu
marilah bersamaku
atau siapa pilihanmu
abang atau kakakku
semua mereka mahu
berbakti kepadamu
menggantikan harga susu
yang kami teguk dahulu

bonda airmataku kian sarat
menantikan hujan lebat
kutahankan selagi dapat
malu anakku melihat
bapa mereka yang kuat
tapi patah semangat
melihat bonda melarat

kembalilah bersama kami
disini kasih bersemi
jasamu tak terganti
dengan emas berkodi
berikan peluang kami
membalas jasa budi
sebelum bonda pergi
untuk tinggalkan kami