Ahad, 26 Februari 2012

hati

hati

oleh Md Share Abd Ghani pada pada 26hb Februari 2012 pukul 8.39 ptg ·

perjalanan bermotorsikal itu
akhirnya menemui tuju
dan sepanjang diri memacu
sang angan mendesak kalbu
mengasak benar berganti baju
sepersalin palsu sedia menunggu
...
separuh dari perjalanan itu
kotak fikir memberitahu
biarkanlah masa begitu
asalkan bahagia bertamu
namun waras akal tidak setuju
usah memangsai dirimu
dengan harapan yang palsu
...
dan tatkala berseragam biru
dua beban tertanggung dibahu
dua azam kekal menyeru
katakan tidak pada yang palsu
tegakkan yang hak perangi yang tipu
harus yakin dan usah keliru
...
didalam jentera penguatkuasa...
selepas semua sistem diperiksa selia
bersekali dengan kekuatan senjata
keyakinan hati tambah berganda
dan dengan lafaz nama Sang Penguasa
keyakinan tersemat bagai lencana
kebenaran harus berkuasa
memerintah hati juga negara
...
hati tatkala sepi...
mimpi dan angan silih berganti
...
Lobai:tmn impian putra, bangi

dibawah tangan permaisuri

dibawah tangan permaisuri

oleh Md Share Abd Ghani pada pada 26hb Februari 2012 pukul 8.37 ptg ·.

kucing kucing nabi...
dibawah tangannya permaisuri
lembut gebu berseri
tenang mata dan hati
damai rasa syurgawi
...
setiap sentuhan nanti
pasti merawat hati
manja dan semulajadi
tercabar fitrah insani
menghayat seribu erti
...
kucing kucing nabi...
dibawah tangannya permaisuri
sabar damai mengerti
gembala putera dan puteri
syurga ditelapak kaki
...
setiap asuhnya nanti
patuh sampai mati
dewasa berperibadi
hormat dan menghormati
mewarisi sifat terpuji
...
kucing kucing nabi...
dibawah tangannya permaisuri
apapun gelaran diberi
laba sunnah menanti
bekal akhir nanti
...
Lobai:tmn impian putra, bangi

kuucapkan untukmu isteriku

ku ucapkan untukmu isteriku

oleh Md Share Abd Ghani pada pada 17hb Februari 2012 pukul 10.27 ptg ·

Yang dikongsi itu hati
yang dinanti itu budi
yang dicari pula sejati
dan yang dikasihi isteri
...
Tiada ayat dapat mengganti
tiada bahasa mampu mewakili
cintaku tulus kekal bersemi
mengharap kamu sentiasa disisi
...
Selamat ulangtahun duhai isteri
dariku seikhlasnya hati
moga ceria bahagia abadi
bertambah sihat hari ke hari
...
tiada aku bisa mengganti
airmatamu jatuh dipipi
melainkan doa kehadrat Ilahi
kurniakan syurga sebagai ganti
...
resah sedih silih berganti
mendapat berita yang dinanti
rawanmu takkan terubati
meskipun pakar luar negeri
...
usah kamu menyesali diri
sama sama kita hadapi
aku kan telah berjanji
akan selalu berada disisi
...
dalam kita berkongsi hati
tentu fitnah dan juga iri
setiap arah datang menguji
jangan mengalah usah perduli
...
sempena ulangtahunmu di ini hari
tiada persembahan dapat kuberi
melainkan lidah yang jujur sekali
jadikan ucapku tangkal dihati
...
Lobai:tmn impian putra buat sang suri Noorwatie Zainal Abidin

Selasa, 14 Februari 2012

gelanggang kalamaya

gelanggang kalamaya

oleh Md Share Abd Ghani pada pada 14hb Februari 2012 pukul 9.29 ptg ·

galanggang kalamaya
akhlak terkini kita
bertemu dan bersuara
dilaman yang ditaja
siapa mencari siapa
dihujung jari kita bersua
kebanyakan tandatanya
jawapannya tersedia
namun usah leka
ada duga disetiap acara
pilihan ditangan kita!
...
gelanggang kalamaya
tarinya rentak kita
pencaknya selera bersama
namun tanggungnya
dipundak siapa
berkiralah dalam berseloka
jangan mencarik sutera
yang selapis dihati kita
berpadalah berperi pujangga
semua akan gembira
disini dan disana
...
gelanggang kalamaya
usah lacurkan agenda
dengan bermuka muka
siapa diri kita
dan apakah niat kita
pasti cepat diteka
kebenaran berwajahkan DIA
kekal sebegitu rupa
hingga keakhir dunia
...
gelanggang kalamaya
dalam baik masih bahaya
dalam benar tetap samar
nikmat tuhan usah didusta!
...
Lobai:tmn impian putra. bangi

Rabu, 8 Februari 2012

rindu dinda

rindu dinda

oleh Md Share Abd Ghani pada pada 9hb Februari 2012 pukul 9.56 pagi ·

               
kamar tak bersuara
memangkin rindu dinda
dan bukat awan lara
diluar kaca jendela
persis warna dada
sendirian tanpanya
...
lesi wajah kita
tiada berselera
berhenti masa
mengakuri rasa
kamu pergi jua
diburu oleh usia
...
rintik rintik lara
mula melakar kaca
kusam warna jendela
rengsa dalam dada
terbit dikelopak mata
kembalilah dinda
...
mengulangi kebun kemboja
sunyi pagi dan ramah pawana
batas batas pohon batu berganda
terukir dengan masa melitupi nama
ada doa buat dinda dialam sana
abadilah dinda disamping DIA
...
berpaling saat langkah menuju kereta
lembut lambaian dedahanan nerusa
nantilah waktunya akan tiba jua
tika tanduku diiring bersama doa
bersanding kita disini selama lama
bersaksi pepohonan nerusa juga kemboja
...
kamar tak bersuara
pimpin rinduku lena
bawa aku kepadanya
jauh kealam sana
rinduku kepada dinda
sendu menanti sua
...
Lobai:tmn impian putra, bangi