Selasa, 30 November 2010

senduduk putih buat kekasih

ada buah tangan
sebagai bingkis bingkisan
dari kami sekalian
sebagai penghias taman
dihujung halaman
kami mendapatnya hasil kunjungan
pada pameran anjuran kerajaan
yang kami kunjung sebagai liburan
bersempena dengan cuti persekolahan
sebagai mengisi masa yang terluang

sepohon senduduk berwarna putih
buah tangan yang kami pilih
menjadi lambang tulusnya kasih
dengannya hati yang putih bersih
sebagai menghargai betapa jerih
bonda menjaga tanpa memilih

senduduk putih buat bonda
lambang kasih Yang Maha Kaya
memberi peluang kami sekeluarga
melihat dunia membalas jasa
bonda sekeluarga yang berkorban raga
memastikan kami memjejak dewasa

mekarlah bunga senduduk putih
mewakili hati kami yang jernih
menemani bonda yang telah letih
mengisi hari harinya yang ada masih
sebelum janji datang menagih
membawa pergi bonda yang dikasih!

Sabtu, 20 November 2010

ditinggal pergi

yang telah aku tinggalkan
didalam melalui waktu
adalah zaman riang kanak kanakku
membesar bersama sungai dan buku
beradap dengan asuhan ibu

yang telah aku tinggalkan
seiring perjalanan masa
adalah zaman muda belia
kata orang darah bergelora
ketika asyik bermain mata
dengan sidia yang memikat jiwa

yang telah aku tinggalkan
selepas gagal menyambung pelajaran
adalah mimpi sekerat jalan
tentang cita dan jua angan
tentang merubah masa hadapan 

yang telah aku tinggalkan
selepas sekian lama
adalah kawan dan juga rakan
yang dulunya sama seperjuangan
dalam memburu sagala impian

yang telah aku tinggalkan
pada saat dan tika ini
adalah memori yang tiada ganti
tentang perjalanan hidup ini
sehingga saatnya menunggu mati

yang telah aku tinggalkan
didalam hidup ini
walaupun malu untukku akui
untuk kesekian kali.....
adalah kamu sahabat sejati!

Isnin, 8 November 2010

permintaan

Ya Allah ya tuhanku

andai ada permintaan
yang tiada keterlaluan
dari hambaMu yang memerlukan
izinkan walau cuma untuk sekali
hamba bersujud diperdu kaki
kedua orangtua bapak dan ummi
jika boleh sebagai pengganti
penat lelah dan juga rezeki
yang tersaji untuk kami
sejak semenjak lahir kebumi
sehingga berjaya sebegini jadi
tiada lagi kami mengerti
bagaimana untuk meminta diri
membalas jasa dan juga budi
yang kami timba berhari hari...