roda iman
oleh Md Share Abd Ghani pada pada 21hb Mei 2012 pukul 10.08 ptg ·
roda iman
pada putaran pusingan kehidupan
setiap bahagian akan melagukan
lebih islam dan lebih beriman
dalam setiap yang dikerjakan;
sedang roda iman berputaran
atas bawah kiri dan kanan
bukankah ini namanya kehidupan?
tiada yang terlepas dari godaan
bersongkok hitam waima yang berserban
...
roda iman
walau lebuhnya lurus kehadapan
roda tersasar dari haluan
kerana angkuh dengan kedudukan
pangkat dan kuasa jadi taruhan
yang berusia merasakan dialah tuan
harus terus memberikan penghormatan
kita yang muda patutnya berkorban!
...
roda iman
resam padi semakin dilupakan
diam ubi sepatutnya panduan
kita kaya segala perbandingan
dalam menjunjung hadis dan al-Quran
namun begitulah fitrahnya insan
kerapnya gagal setiap ujian
tersedar mereka dari lamunan
tatkala kekalahan didalam tangan!
...
roda iman
putarkan selagi hidup berterusan...
...
Lobai:tmn impian putra, bangi
pada putaran pusingan kehidupan
setiap bahagian akan melagukan
lebih islam dan lebih beriman
dalam setiap yang dikerjakan;
sedang roda iman berputaran
atas bawah kiri dan kanan
bukankah ini namanya kehidupan?
tiada yang terlepas dari godaan
bersongkok hitam waima yang berserban
...
roda iman
walau lebuhnya lurus kehadapan
roda tersasar dari haluan
kerana angkuh dengan kedudukan
pangkat dan kuasa jadi taruhan
yang berusia merasakan dialah tuan
harus terus memberikan penghormatan
kita yang muda patutnya berkorban!
...
roda iman
resam padi semakin dilupakan
diam ubi sepatutnya panduan
kita kaya segala perbandingan
dalam menjunjung hadis dan al-Quran
namun begitulah fitrahnya insan
kerapnya gagal setiap ujian
tersedar mereka dari lamunan
tatkala kekalahan didalam tangan!
...
roda iman
putarkan selagi hidup berterusan...
...
Lobai:tmn impian putra, bangi