Sabtu, 6 Julai 2013

BONDA

Bonda
Oleh : md share abd ghani

Sepi diteratak jadi wajah
Pada bonda yang layu dan lemah
Semenjak perginya gemulah ayah
Bonda kulihat amat berubah

Hari dan masa terhenti untuknya
Senyum tawa menjauhi dia
Temannya cumalah siairmata
Pedih hati melihatnya derita

Makan pakai ikut terabai
Susuk bonda kusut serabai
Tiada bermakna pujuk dan belai
Kepergian ayahanda hatinya relai

Begitu bonda mengasihi ayahanda
Tiada ternilai segunung harta
Bagi bonda memadailah dia
Raja dihati penyeri hidupnya

Sepekan sebelom menuruti ayahanda
Tingkah bonda aneh ketara
Tiada lagi selera dan suara
Lenyap kami dipandangan matanya

Disuatu petang yang baik cuaca
Kekanda dang suri menyampaikan berita
Bonda kita kembali kepadaNya
Menuruti ayahanda kenegeri sana

Tidurlah bonda tidur yang lena
Doa kami kan mengiringi sama
Kuliangkan pusara sehampir ayahanda
Lambang kasih yang tiada bertara

Lobai:taman impian putra
Alfatihah buat gemulah ayahbonda mentua