Ahad, 29 Ogos 2010

pengemis syurga

wahai jiwa yang mendamba
pada Zat yang mencipta
usah lagi bermuram durja
petunjuk telah mengata
kita semakin hampir kepadaNya
wahai sang pengemis syurga
yang merindu akan kekasihNya
ayuh rapatkan safmu
sujud pada yang satu
meminta selagi mampu
wahai hati hati yang rindu
pada desa yang mengalir sungai madu
pada wajah kekasih penghulu umat
sucikan hatimu bersihkanlah jiwamu
bahagianmu sedang menunggu
pada ketika dan waktu!

Isnin, 23 Ogos 2010

puteri mandi dipetang ramadhan

menjengok puteri mandi
pada petang ramadhan ini
membawa kami sekeluarga
seratus batu keselatan
tanah tumpah darah ayahanda
menyelusuri desa demi desa
puteri mandi seindah nama
adunan kasihsayang keluarga
perasaan yang sederhana
tidak terdapat dimana mana
dikuala lumpur atau putrajaya
cuma didesa ibunda tercinta
puteri mandi pemanis rasa
resepi keluarga sekian lama
membuatnya tak kan sama
selain air tangan bonda
mengamit kami meninggalkan kota
demi rasa dan demi cinta
puteri mandi dipetang ramadhan
juadah kami berbuka puasa
sejenak melepas rindu
pada bonda dan kampong halaman
kembali kami kekota peradapan
bersama memori dan sedikit bekalan
puteri mandi bonda titipkan....

Selasa, 17 Ogos 2010

serupa

tatkala menguruskan perihal dapur
tergores ibu jariku pada hujung kuali yang baru
ah...masih merah darahku yang keluar
mungkin masih belum bisa untuk aku
melafaskan sumpah bak Mahsuri
dengarnya putih darah mengalir dalam tubuhnya
malah masih belum juga bisa untuk aku
melantik diri selaku raja bersultan di mata
kerana yang mengalir dalam tubuh ini
masih jua darah yang merah
kita ini sememangnya tiada siapa siapa
untuk dibeza atau dikasta
kerana dengan melihat darah merah yang mengalir
rupanya kita ini juga serupa
kalaupun tidak sama...

Isnin, 16 Ogos 2010

hujan di bazar ramadhan

tangisan alam pada petang hari
kepada penduduk bumi
mengumpal makna dan ciri
islam agama yang dibudayai bukan dianuti
dan tangisan alam petang ini
pada harga juadah yang melambung tinggi
disini terkumpulnya semua wang gaji
derita nafsu tersaji
gembira peniaga tampak gigi
siapa untung siapa rugi
tiada lain kita sendiri

Ahad, 15 Ogos 2010

mengunjungi ibunda

kami mengunjungi teratak ibunda
pada petang puasa yang tiga
malap suasana ibunda bertapa
mendung cuaca mengiring sama
sampai dipembaringan ayahanda lesu
panas demamnya kami diberitahu
hendak menyapa kami tak mampu
melihat ayahanda hatiku sayu
begitu kepulangan anak dan cucu
ayahanda mendapat semangat yang baru
kebah demamnya senyum tersipu
melayan karenah putra putriku
tiada perkataan yang paling bermakna
selain kepulangan anakanda sekeluarga
mengubat kerinduan hari harinya
dipetang Ramadhan berbuka bersama!

Jumaat, 13 Ogos 2010

mengemudi bahagia

kata orang
bukan bahtera namanya
jika alah diuji gelombang
layar tetap belayar
biarpun taufan maupun gelombang
kita harungi tanpa bimbang
dalam mengemudi bahtera
rintangan tiada tara
temui jalan bahagia
tempuhi dengan bangga
bahtera kita
dindingnya agama
layarnya kitab para aulia
haluannya syurga
kita kemudi bersama sama
susah senang bahagia derita
asam garam perjalanan
kembara yang kita pilih ini
tiada perlu jalan pintas
andai badai menggila
kita minta bantuanNya
tunjukkan jalan kehadapan
kerana Dia sebaik baik tempat bermohon
jua kerana Dia Rahman Dia Rahim!

Khamis, 12 Ogos 2010

berbuka puasa

tidak perlu juadah yang aneka
atau air berkarbonat bercola cola
bapak dan ummi sudah bersedia
kita masak apa yang ada
sebagai rezeki berbuka puasa
bukan kerana kita tak punya
atau berhemat dalam berbelanja
cuma tak menepati arti berpuasa
menahan diri lapar dan dahaga
membentuk kita bersederhana
bersyukur atas kurnianNya
anak anak ummi dan bapak
kalau ikutkan lapar kita sifar
kalau ikutkan dahaga kita binasa
berbukalah kita dengan sebiji tamar
cara nabi sunnah tak tercemar
puasa kita bukan tradisi
seperti acara tari menari
selain fardhu yang hakiki
tiada alasan tiada kecuali

Rabu, 11 Ogos 2010

kata dan kota

kita katakan apa saja
untuk suka suka atau untuk dikota
adakala ada kata
yang berharga berjuta juta
persis pembesar negara
adakala ada kata tiada makna
berkata kosong beromong

ada jua ada kata
membawa makna tersendiri
kita namakan saja berapa
dalam bentuk apa
demi mendapat barang dicita
"aku bayar berapa maharnya"
begitu lancar begitu selamba
begitu jantan mendabik dada!

merah muka rakan sebaya
memutar sejarah pernah tertempa
sinis suara menyapa
"kotalah barang dikata"
kerana itu bezanya manusia
daripada haiwan yang digembala

Sabtu, 7 Ogos 2010

minta

aku melintasi jalan itu
setiap hari saban waktu
kepejabatku tempat dituju
kemalangan bukan suatu yang asing berlaku di situ
malah kadang hampir saban minggu
bukan kerana jalan itu berhantu
atau pemandu yang belajar tidak cukup buku
juga bukan waktu yang cemburu
semuanya kerana tingkah dan laku
yang sering terburu buru
yang muda mengikut nafsu
yang tua leka berlagu
internet dan sms di hujung kuku!
tatkala kemalangan berlaku
minta nyawa minta waktu
mendayu dayu merayu rayu
mintalah kepada tuhanmu
aku cuma mahu membantu!
kerana itu sahaja tanggungjawabku...

Jumaat, 6 Ogos 2010

sekali air bah

semasa kecil aku
jadi kegilaan jiran jiran ibu
gilir bergilir dikendong dukung
mengikut cerita kakak ku yang sulung
lantaran rambutku berwarna perang
mungkin asing pada pengamatan
benar tidak
itulah cerita mereka
tanpa bukti tiada fakta
hitam dan putih gambar yang lama
amat payah untuk dipercaya
selepas meningkat dewasa
cuba menjejak halaman yang lama
mencari cari sebarang petanda
menyimpul cerita serta deria
kerana yang nyata dihadapan mata
ibaratnya belantara
amat payah untuk diteka
dimanakah duduk tegak letaknya
teratak orangtua ku yang lama

sekali air bah
sekali jua pantai berubah
segala kenangan yang lama
sekarang cuma milik kita
tak mampu untuk dipusaka
kepada generasi baru yang ada
lebih tajam minda mereka
menuntut fakta dalam berseloka
bagi kita apakan daya
sekali air bah, sekali pantai berubah!

teratak tepi sungai

teratak tepi sungai
sembilan tiang peninggalan
kata ibuku , ianya milik moyang!
bendang menjadi halaman
bumbungnya rumbia sulaman
hasil tangan abah dan abang

teratak tepi sungai
pelantar tempat bersiram
kata abah jangan keluar malam
takut jadi hidangan
sang sawa rendam!

teratak tepi sungai
sebelah dusun bebuahan
tatkala musim menjelang
banyak bunyi bunyian
beruk, kera serta keluang

teratak tepi sungai
banyak darah yang tumpah
juga peluh mencurah
semua jadi sejarah
setelah keluargaku berpindah!

sejarah yang dikongsikan

di desa itulah
tempat asal kelahiran aku
sebelum kedatanganmu
malah di desa itu jugalah kita jadi seguru
menimba ilmu
membesar bersama waktu
memilih alam pengajian
masih bersama samaku
walau kita jarang bertemu
dan pada ketika waktu berpergian
kita memilih dan mencorak haluan
juga jodoh pasangan
sehingga takdirnya tuhan
sampai masa berkongsi laman
mengilap semula kenangan
sejarah yang dikongsikan...
Maha suci tuhan!

kita yang menentukan (utk semua rakan FB ku...)

aku ingin meletakkan
diriku betul ditengah tengah
antara kalian
kerana diantara kepelbagaian lapisan
rakan handai taulan
kita ini berbeza jua zaman
dan penguasaan
dalam pelbagai bidang
jangan nanti ada pertembungan
kerana nilai penulisan
perasaan serta pendirian
berganjaklah setapak seandainya
tidak mampu berdiri diam
samada kehadapan
atau kebelakang
kita yang tentukan
demi mengekalkan
keharmonian perhubungan.
dunia maya....
memang bukan milik aku, dia dan kamu
selain wadah siratulrahim
cara baru...cara kita!

jalan yang lurus

jalan lurus jalan kebajikan
sepanjang jalan penuh keikhlasan
turutkan dengan penoh ketakwaan
menanti dihadapan liku dan jurang
tersalah langkah diri kan kecundang


dalam meniti jalan yang lurus
laluan hadapan yang suram berkabus 
lubang dan lompang yang tidak tertimbus
tersasar melangkah dosa tak tertebus
mengeletar jiwa pada roh yang kudus

jalan yang lurus berselang rintangan
penoh ranjau sepanjang perjalanan
kitab alquran jadikan panduan
sunnah nabi buatkan landasan
perintah Allah itulah haluan!


Rabu, 4 Ogos 2010

takut

berani kerana benar
ungkapan selalu kita dengar
takut kerana salah
mungkin perlu kita ubah
takutnya kita kerana Dia
takutnya kita seluruh anggota
sehingga dijaga lisannya kita
menghindar dari berkata dusta
menyebar fitnah dan juga ghibah
juga berkata tanpa faedah

perintahkan juga kepada hati
singkirkan permusuhan dan hasad dengki
kerana hasad ibarat pembakaran
bisa menghapus segala kebaikan
laksananya kayu dimakan api

tiada terkecuali terhadap pandangan
usah diperhati perkara yang haram
sambil perut dan sistem penghadaman
bersih dan halal isi makanan

takutnya kita setiap anggota
tangan dan kaki dijaga sama
lakukan cuma yang baik saja
demi mencari keredhaanNya

takutkan Allah kerana taat
sempurnalah sudah tujuh sifat
riak, munafik, dendam kesumat
gantikan dengan mengharap rahmat
berpesan kita ingat mengingat
moga menjadi hamba yang taat

Selasa, 3 Ogos 2010

mencari rentak

pada setiap acara
kamu namakan sahaja
ekonomi, pertahanan, teknologi, pertanian bahkan sukan
tiada ayat lain yang mesra kita ungkap
semuanya mencari cari rentak

yang telah jumpa rentak
mungkin merempit atau mengadun madat
yang dipelajari dari internet
juga budaya membuang bayi
yang tidak dipotong pusat

mungkinkah kita
memang sedang tercari cari rentak
bentuk bagaimana untuk dicorak
mencapai jaya dimasa kelak
membina peradapan yang baik akhlak

tepuk dada tanya selera
sudah tahu usah bertanya
kembali kita kepada suruhanNya
fahami semua firman firmanNya
beriman dan beramal akan ilmuNya

hujan pagi

hujan pada pagi ini
semasa perjalanan pulang aku
selepas satu perjalanan yang panjang
adalah rahmat yang tenat
lantaran dibanjiri kenderaan dibumi
juga disirami cuaca semulajadi
aku terima dengan rela
segala teknologi yang kita reka
walau terdapat cacat dan cela
tiada pilihan dipihak kita
sementara hujan yang turun kebumi
membajai ketandusan hati nurani
didalam menilai hati dan budi
lantaran mengejar masa yang pergi
hujan pada perjalanan pulang
dipinggir kota metropolitan
mengajar makna kesabaran
serta lemahnya peradapan
yang kita agungkan

riak

riak air nampak dikali
riak diri sukar di kaji
berbekalkan muhasabah diri
berpangkal akal pada asal
tuntunlah hati pada tawakkal
pujalah Zat yang maha mengawal
Allah punya rencana kepada setiap kita
langit dan bumi tujuh petala
semua direncana mengikut kudratNya
dimanakah letaknya ego kita
sebaris bersama najis sebuku
riak penyakit yang tega di elak
seperti lakunya sombong dan tamak
kitab suci diterjemah disemak
penyakit hati di bilas di samak!

Isnin, 2 Ogos 2010

jiwa kontra

kita tidak memilih pakaian yang baru

lagi berjenama dari gedung terkemuka

bukan kerana tidak berkualiti

atau harganya yang melambung tinggi

kita tidak memilih

hanya kerana tidak menepati saiz

badan yang memakai!



jiwa yang kontra

melihat pada sepenjuru cuma

atau punyai dendam lama

kesumat membara

pantang berpeluang lantas menyerang

tanpa kira dimana gelanggang

meski di laman permainan orang

jiwa yang kontra

hati dipimpin hawa dipimpin nafsu

terlindung sudah waras akalmu

siapa aku siapa kamu

melunas hutang hala dan tuju

terserah kamu....
MENJALANKAN TINDAKAN.


pada menjalankan kewajipan

didalam mengekalkan keamanan

mahu atau tidak terpaksa melaksanakan

didalam menguatkuasakan

perjalanan undang undang

banyak budi bicara yang perlu

kesalahan juga harus diberitahu

menjalankan sekadar yang diperuntuk

jangan sehingga berlebih lebihan

menjadi biasa sekira dicaci

jangan sehingga dimaki

bertindak dengan intergriti

laksanakan yang hakiki

selepas semua langkah diteliti

masih jua diumpat keji

ingatlah kita bukan nabi!

selain manusia yang mencari rezeki

demi sesuap nasi

ada perut perlu diisi
mengukur bayangan.

aku ini jadi amat keliru

saat melihat bayangan sebatang tiang lampu

yang melintangi jalan dihadapan rumahku

kukira ia cuba untuk menipu

pada saban pagi dan senja yang ungu

kerana pada tengahari

ia tiada disitu

sebatang tiang lampu

menjadi amat berbangga

kau lihatlah betapa tingginya aku

manggapai langit diwaktu pagi

menyapa ufuk dikala petang

sebatang tiang lampu

tidak harus sombong begitu

kemana gerangan dirimu

sebelum mentari gelincir malu
pohon


pohon itu

umurnya sahaja sudah seribu

masakan tumbuhnya dahuluku tahu

pohon itu

tempatnya memang disitu

seperti yang dikhabarkan kepadaku

ketika aku kecil dahulu

pohon itu

menjadi saksi terhadap aku

malah seluruh keturunan aku

kerana ia memang disitu

beberapa generasi telah berlalu

pohon itu

siapakah kan pergi dahulu

samada engkau ataupun aku

cuma tuhan yang maha tahu
nekad : dedikasi buat allahyarhammah nitaKongsi.



pernah dahulu kita seguru

bergandingan bahu menimba ilmu

setelah suku abad berlalu

hanya sedikit yang kutahu

tentang perjalanan hidup sahabat sahabat ku

seguru kita cuma dua wanita

seorang berselindung entah ke mana

tiada terdengar khabar dan berita

sementara seorang dipanggil yang esa

pergilah dia pergilah nyawa

untuk kita cuma pusara

sebagai ingatan diatas dunia

seguru kita cerita lalu

nekad kita bersama tuju

tinggal kenangan didalam kalbu

tidak terusik digoda waktu!

bismillahirahmanirrahim

dengan nama Allah kita bermula
dan bersyukur juga kepadaNya
akhirnya impian terlaksana
memiliki laman dipapan maya
kalam bermadah diberi nama
untuk kita berkongsi sama
ilham pencipta yang kita punya
salah silap adat manusia
terlajak cakap buruk padahnya
berikan kemaafan kepada hamba
mungkin semuanya kelemahan hamba
naif dalam segunung cita...