Sabtu, 20 November 2010

ditinggal pergi

yang telah aku tinggalkan
didalam melalui waktu
adalah zaman riang kanak kanakku
membesar bersama sungai dan buku
beradap dengan asuhan ibu

yang telah aku tinggalkan
seiring perjalanan masa
adalah zaman muda belia
kata orang darah bergelora
ketika asyik bermain mata
dengan sidia yang memikat jiwa

yang telah aku tinggalkan
selepas gagal menyambung pelajaran
adalah mimpi sekerat jalan
tentang cita dan jua angan
tentang merubah masa hadapan 

yang telah aku tinggalkan
selepas sekian lama
adalah kawan dan juga rakan
yang dulunya sama seperjuangan
dalam memburu sagala impian

yang telah aku tinggalkan
pada saat dan tika ini
adalah memori yang tiada ganti
tentang perjalanan hidup ini
sehingga saatnya menunggu mati

yang telah aku tinggalkan
didalam hidup ini
walaupun malu untukku akui
untuk kesekian kali.....
adalah kamu sahabat sejati!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan