Jumaat, 10 Jun 2011

menjadi bapa (untuk selamat hari bapa)

menjadi bapa ( untuk selamat hari bapa )


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 11hb Jun 2011 pukul 1.06 ptg.




lelaki harus terasuh
mengasah tajam pengaruh
menumpu terangnya suluh
menjadi rendangnya teduh
sebelum bertemu jodoh

lelaki seharusnya tahu
kemana hala dan tuju
didalam kehidupanmu
siapa imam dan guru
tempatnya menimba ilmu

lelaki juga harus mampu
memikul beban dibahu
tiada tempat mengadu
terpulang waras akalmu
semua jawapan milikmu

lelaki perlu bersedia
ditabal menjadi raja
memerintah kerajaan dunia
memimpin bala tentera
menjuarai medan juangnya

menjadi lelaki juga
tiada lengkap kiranya
tidak memimpin keluarga
ketua rumahtangga
serta menjadi bapa

dan menjadi seorang bapa
suami yang berguna
ayah yang sempurna
kembalilah kita keasalnya...
menjadi lelaki mulia!



.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan