pintu percaya
didalam kehidupan nyata
tempat tersimpannya
sebuah kotak rahsia
yang akan bercerita
tentang siapa kita
siapa juga Dia
kenalilah keduanya...
pintu percaya
tersibaknya seketika
selepas taubat tiada diterima
saat meninggalkan alam nyata
menuju kealam selama lamanya
dan terang diganti gelita
kembalilah akan kita
kepada asal bentuk dan rupa
kembalilah kepada Pencipta
bersama pahala dan dosa
menanti yang dijanjikanNya!
kotak rahsia
kuncinya milik Yang Esa
didalamnya ilmu berharga
laku diempat dunia
kita menuntutnya
saat lahir kedunia
sehingga menutup mata...
kotak rahsia
kita rungkai makna
kalimah yang bermula
dengan nama Dia
serta nama Baginda
dan luasnya alam semesta
sebagai dalilnya untuk percaya
kerana kita bukan sesiapa
dikehidupan yang sementara
pintu percaya dan kotak rahsia
didalam kehidupan nyata kita
menjelaskan akan makna
untuk apa kewujudan kita
kedunia yang fana
seandainya kita mengguna
akal yang dibekalkanNya!
...
Lobai:tmn impian putra, bangi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan