Jumaat, 28 Oktober 2011

dari hujung penara

dari hujung penara

oleh Md Share Abd Ghani pada pada 23hb Oktober 2011 pukul 11.36 ptg
dari hujung penara
di pinggiran desa
tempat aku berhuma
saujana dipandangan mata
terang suluhan buana
...
dari hujung penara
di pinggiran desa
bertingkah unggas dan kera
ramah bayu menyapa
alangkah aku bahagia
...
dari hujung penara
di pinggiran desa
kuhitung baki masa
kuconggak kudrat yang ada
ku seru semangat lama
...
dari hujung penara
di pinggiran desa
bakal jadi pusaka
pada ketiga putera
ilham kalam berbicara
...
dari hujung penara
di pinggiran desa
kutugal lobang sehasta
selesa benih dan baja
bertunas dan membaka
...
dari hujung penara
di pinggiran desa
kurawat iman didada
kukesat peluh dan airmata
rindu lelah damai seketika
...
dari hujung penara
di pinggiran desa
ku akad hasrat yang ada
ku nekad untuk mencuba
cuma menanti restu dari Nya
...
dari hujung penara
di pinggiran desa
aku dan awan kini setara
menyimpan sebuah duka
dalam mendung bergelita
...
dari hujung penara
di pinggiran desa
sabar dan doa senjata
bersaksi hari dan masa
aku nantikan sebuah sua
...
dari hujung penara
di pinggiran desa
walau apapun cara
sebab ilat dan kerana
aku terima dengan rela
...
dari hujung penara
di pinggiran desa
aku ini sekadar cuma
seorang insan biasa
untuk tewas dan berjaya!
...
Lobai:tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan