31 (anak2 MRSM S'ban 8185)
oleh Md Share Abd Ghani pada pada 11hb Januari 2012 pukul 8.35 ptg
tekun perjalanan masa
dan jarum jarum usia
berganjak disetiap ketika
berdetik jadi jaya; megah mengukir nama
sedetik yang lain; jadi celaka
didalam pusara diteman pohonan kemboja
diangkat didalam doa dan dilupa keesokkannya
...
pertahankan hubungan kita, selagi terdaya
bersama kita junjung bakul bangsa
pamerkan dipentas persada
kerana masanya sudah tiba
barisan kita sudah berganda
bersedia dimedan jaya
kita waraskan jati bangsa
dengan acuan kita;
bertiang adat bersendi agama
...
dalam warnian kerjaya
yang kita teroka
pasti banyak upaya
yang kita terdaya
didalam menzahirkan cita.
kita ada (ahli);
pada setiap gelanggang sayembara
dan kita sedia (sepatutnya)
berganding bahu bersama
mencipta warna sama
dengan suara senada
membentuk budaya bangsa
...
31 tahun sudah terlalu lama
untuk kita jadi seorang pelupa
anak anak MARA (MRSM S'ban)
bangunlah dari lena
masa untuk lupa dan alpa sepatutnya tiada
kita nyanyikan semula
lagu guru guru kita pada anak bangsa
kita corak bendera bangsa
dengan ilmu didada
juga iman yang sempurna
...
jarum jarum usia
tekun perjalanannya
dan tiada menunggu kita
samada kita, atau sesiapa
ciptalah langkah pemula
demi agama,keluarga, bangsa dan negara!
...
Lobai:tmn impian putra, untuk MRSM S'ban 8185
Tiada ulasan:
Catat Ulasan