Sabtu, 17 Mac 2012

seperdu janji

oleh Md Share Abd Ghani pada pada 1hb Mac 2012 pukul 7.59 ptg

seperdu janji janji
tumbuh selepas hujan pagi
selepas pintu hati tersibak serelanya
selepas sekian sepi bertamu semaunya
hari ini seperdu janji janji
kau ikrarkan seikhlas hati
...
tunas tunas yakin
mewaraskan segala yang mungkin
sekian lama curiga bermastautin
kau ukir pintu syurga digerbang pelamin
dan aku pasrah tatkala tanganku kau pimpin
tinggalkan sepi silam yang masih leka bermain
...
pucuk cita cita
bawalah aku kemana sahaja
asalkan disana ada bahagia bak janji yang kau tempa
dakaplah aku, bisikkan rayu yang melumatkan hatiku
kelak kan kutahu hanya dirimu untukku
sehujung nyawa kan berbakti kepadamu
...
dahan dahan bahagia
merendang menongkah masa
seperdu janji telah melengkapi kitaran hidupnya
hanya menanti detik yang bahagia
debar dan sabar sama didalam dada
doa dan damba padaNya dan dia...
...
seperdu janji
hayatnya selagi izin Ilahi
dan hujan pagi
masih menyanyi lagu yang takkan kau mungkiri
...
Lobai:tmn impian putra. bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan