Rabu, 11 Julai 2012

Ikhlas

ikhlas itu harta
muslim yang sejahtera
laburkan demi Dia
harapkan cuma redha
...
ikhlas itu martabat
muslim menjadi hebat
setiap yang diperbuat
demi kebaikan umat
...
ikhlas itu ubat
muslim beransur sihat
sempurna segala cacat
pamerkan umat terkuat
...
ikhlas itu senjata
perlindungan yang kedua
selepas segala usaha
dan selepas sekian doa
...
ikhlas bermuamalat
dan ikhlas bermunajat
islam menjadi kuat
membangunan bersama umat
...
ikhlas itu ukhwah
muslimin dan muslimah
lambang umat tergagah
fitrah umat rasulullah
...
ikhlas itu jihad
medan juang terakad
ekonomi tercela hasad
ikhlas suci dan zuhud
...
ikhlas wadah ekonomi
dari hasrat yang murni
mendokong agama suci
islam yang disegani
...
lobai:y
tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan