Rabu, 12 Disember 2012

Biarkan Tipah meluncai

BIARKAN TIPAH MELUNCAI
Oleh: md share abd ghani

Biarkan Tipah meluncai
Tersengeh menyeringgai
Berlagak alim dan pandai
Kiri tikam dan kanan kau tibai

Biarkan! Biarkan!

Biarkan Tipah meluncai
Bermain pok amai amai
Hiburkan taulan dan handai
Menyanyi beramai ramai

Biarkan! Biarkan!

Biarkan Tipah meluncai
Ikut terjun ke sungai
Sang Luncai yang bingai
Punyai labu untuk di gapai

Biarkan! Biarkan!

Dunia mungkin dah mamai
Pendusta semakin ramai
Hadapan elok perangai
Sembunyi tanduk bersimpai

Biarkan! Biarkan!

Kerana yakinkan Luncai
Lupa dalamnya sungai
Prihatin ikut diabai
Budaya didakap longlai

Ghairah dalam mengandai
Yakin mengatasi cuai
Tipah kokok berderai
Kaki tersangkut rawai

Kasihan Tipah! Kasihan Tipah!
Mulutnya zikir hatinya sumpah
Kasihan Tipah! Kasihan Tipah!
Rautnya fakir menopengi wajah!
...
Lobai:tmn impian putra, bangi
Untuk blog lobai-kalambermadah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan