KULIAH MIMBAR
oleh:md share b abd ghani
Aku tidak bersekolah tinggi
Untuk pergi sambung mengaji
Ke kolej kolej dan universiti
Namun kuliahku tidak berhenti disini
Hari yang seperti hari ini
Pasti kan ku kemas rapi
Ke kuliahlah aku; kemana lagi!
Kuliah yang dihadiri pak tani
Juga pekerja pekerja kilang dan industri
Kuliah yang disertai oleh pak menteri
Yang di istanapun diwajibkan sekali
Tiada sesiapa yang terkecuali
Yang berniaga tinggalkan dahulu jualbeli
Hari ini kuliahnya bermula dari mimbar
Usah berkata kata tetaplah mendengar
Isu dalam dan isu di luar
Semua diadun dalam satu lembar
Di penghujung kuliah aminkan doa
Buat pemerintah dan kita semua
Seusai kuliah rapatkan safnya
Bersolatlah kita yang rakaat dua
Ini kuliah seminggu sekali
Mari penuhkan tabung rohani
Mantapkan akhlak kuatkan jatidiri
Jadilah umat kebanggan nabi
Lobai: tmn impian putra
bangi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan