Jumaat, 1 Oktober 2010

BUKAN LAGI RAHSIA

pabila dua rasa berjumpa
meskipun diperbatasan maya
diri takkan mampu untuk mendusta
ada mesra ,ceria tak terkata
menjelma semula kenangan lama
ketika usia muda remaja
pernah dahulu bermain mata
meskipun kini beranak tiga
rahsia yang bukan lagi rahsia
kita masih punyai rasa
biar bukan namanya cinta
sekadar mengulit kenangan lama
antara memori dan nostalgia

kita akur kekangan masa
serta takdir yang ditentukanNya!
terasa tinggi pucuk nan dicita
padah pula selera mengidamkannya
lantaran kita yang bertentangan hala
tiadakan bertemu hujung dan pangkalnya

dan rahsia....
yang bukan lagi namanya rahsia
selepas isihati berjaya dibaca
khabarkan kepada sipemunya rasa
seumur hidup mengganggukkan kepala
belumkan tentu jawapannya IYA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan