tersentak diri menerima berita
ketika membacanya dilaman maya
sedihnya hati tak mampu dicerita
sungguh teramat berat cubaan dariNya
meskipun bukan kami yang menanggungnya
kerana kami juga memiliki yang sebaya
bezanya cuma disana puteri disini putera!
wahai sahabat yang kami hormat
tiada apa yang mampu diperbuat
yakinlah Dia telah memberikan tempat
kepada putrimu pentas terhormat
menanti kamu dihari kiamat
untuk kita yang tiada melihat...
kepadaNyalah sembah munajat
pohonlah doa barang dihajat
kami disini tetap mengharapkan
tuan pulih dari kejutan
pasrah kepada ujian tuhan
sebagai tanda insan beriman
ada doa kami himpunkan
semoga tuan dilimpahi kesabaran!
amin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan