.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 15hb Disember 2010 pukul 10.44 pagi.
selepas seminggu berduka nestapa
teruji kesabaran melampaui iman
dan diasak padah tangan yang menadah
ditindih pedih jasadku menagih
alhamdulillah
aku ini punya Allah!
dan aku ini kepunyaan Allah!
pada hati yang celaru keliru
Yang Maha Kuasa membenarkan doa doa ku
berkumpul para sahabat menyampaikan ucap
berkongsi rasa mengkhabarkan petua
Maha Suci Allah
rahsiaNya seawal dan sehujung dunia
milikNya jua dilangit dan yang dibumi
syukur kehadrat Allah
kepada sahabat yang bersusah payah
dari jauh memanjangkan langkah
yang dekat segera menjengah
kami ini dilimpahi hadiah
harapan dan doa yang tak sudah
kepada pemilik hati yang ikhlas
budi dan jasa takkan mampu dibalas
pada acara yang direncanakan
semoga Allah memberikan keizinan
pada malam ini
meskipun simpati masih datang berbaki
izinkan kami memohon langkah pemula
mara mengadap merafak sembah
merakam kasih bersulam sayang
sesungguhnya kasih yang kamu berikan
kami terimanya sebagai harapan
insyaAllah!
kami tiada akan mengalah
amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan