Jumaat, 18 Februari 2011

AKAN

.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 18hb Februari 2011 pukul 11.36 ptg.

akan cinta itu merah warnanya
lantaran tegaknya dengan darah dan airmata
tak perlu raja dan tentera berkuda
untuk mempamerkan kuasa
cinta itu sendiri adalah kuasa
kuasa yang Maha Berkuasa
dan cinta merah yang menyala...
kekal terhadapNya selama lamanya

akan ilmu itu pula hijau warnanya
lambang haus serta dahaga
atau boleh dikatakan senantiasa muda
didalam meneroka setiap ruang dan prosa
dari setitis yang Dia redha
untuk kita
sedang jiwa sentiasa berasa
miskinnya kita...
berbanding yang Maha kaya!
didalam mengupas kelopak rahsia
tiada sesekali akan lupa
betapa kecilnya jiwa
betapa dahaganya anggota
menagih kasih limpah perkenanNya

akan warna merah dan hijau...
cinta dan ilmu yang diteroka
maka semakin maklumlah akan kita
tentang Dia Yang Maha Berkuasa
tentang Dia Yang Memiliki segalanya
serta betapa cintanya kita...
seperti layaknya seorang hamba
menyembah kepada Tuannya
setiap waktu setiap ketika!


.SukaTidak suka · · Kongsi · Padam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan