Sabtu, 12 Februari 2011

carilah aku

oleh Md Share Abd Ghani pada pada 12hb Februari 2011 pukul 10.53 ptg.

carilah aku disebalik mimpi
pada tidurmu yang lena sekali
selepas seharian mencari rezeki
demi kelangsungan hidup yang berbaki
sebelum lenamu disapa dini

carilah aku didada kota
pada deruan enjin dan asap jelaga
dalam pemanduanmu ke tempat kerja
atau pulangmu dengan letih dan dahaga
sebelum kotamu berubah warna

carilah aku dipuncak pelangi
pada hujan yang diterangi mentari
disaat gerimisnya seakan terhenti
sebelum warnanya dibawa pergi
oleh masa yang bertukar ganti

carilah aku dihujung horizon
saat senjanya diwarnai lembayung
sebelum malam datang mengunjung
bersama bulan yang sedang tersenyum
dihujung dahan sibunga tanjung

carilah aku disebalik waktu
saat lenanya insan beradu
didada kota dipuncak pelangi
atau siangmu yang akhir sekali
kerna yang bakal kamu temui
tunggak yang lima dalam sehari!





.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan