Rabu, 6 Julai 2011

tentang kita

tentang kita


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 06hb Julai 2011 pukul 10.39 ptg.



kita berdiskusi tentang arah
tentang bunga dan buah
selepas banyak peluh yang tumpah
juga selepas melalui detik yang payah
tanpa melupakan nilai sejarah
juga pengorbanan ibu dan ayah

kita bincangkan juga tentang jumlah
tentang betul serta yang salah
berapa harus diberikan markah
selepas sekian menaburkan nafkah
juga selepas kita akur dan pasrah
masih sempat untuk menokok tambah

kita mesyuarat tentang jamaah
tentang yang masih atau yang telah...
betapa syukur kehadrat Allah
setiap pandangan kita telaah
sampai masa menyimpulkan hujah
pertemuan yang ini dipayungi hikmah!

kita isyaratkan dengan berhemah
tentang jarak yang hampir sudah
betapa usia tak seberapa langkah
seiring pertemuan menghampiri noktah
sungguh saat itu memang indah
melupakannyapun rasa takkan mudah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan