Isnin, 25 Julai 2011

dia (dedikasi buat acik Miah kepis)

dia (dedikasi buat acik Miah kepis)


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 25hb Julai 2011 pukul 11.04 ptg.


tidak pernah banyak kiranya
aku bersedekah lidah
pada bacaan penghulu surah
selain kepergian allahyarhamah
dia ditakdirkan susah
kerana dilahirkan susah
dan melahirkan susah
namun perginya mudah
untuk bertemu Allah !

bersabarlah bonda
(sekiranya layak ku panggil bonda)
usah khuatirkan timbang neraca
punya Dia amat terpelihara
serta Maha adil seadil adilnya
biar setakat pandangan mata
kamu gagal merebut piala
semuanya itu nilaian manusia
tiada saksama tidakkan sama
untuk bonda yang telah derita
diatas dunia memburu kurnia

damailah bonda
aku ini tiadakan lupa
bagaimana bonda mencuci luka
dari caci puteri dan putera
bonda tersenyum memaniskan rupa
menafikan duka didalam dada
saat kami datang sekeluarga
menjengah muka dihariraya

tinggallah bonda
kami dendam rindu menduga
tatkala Ramadhan datang menjelma
keteratak bonda mendengar cerita
selepas menyampaikan beras dan gula
dari kami seikhlas yang ada
namun kini apakan daya
bonda pergi mendahului kita!

alfatihah...
amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan