mengaji cara ku
oleh Md Share Abd Ghani pada pada 11hb November 2011 pukul 10.35 ptg
aku ingin mengaji
dengan caraku sendiri
tanpa buku buku tanpa kuliah ilmu
sedang cuma kamu yang menjadi guruku
sudi apalah kiranya kamu
meneladaniku dengan caramu
semoga aku beroleh, dan belajar sesuatu;
...
aku ingin berguru
denganmu sang algojo
bagaimana kamu tidur dan mampu berdengkur
selepas sebuah nyawa telah kau atur
dalam senarai ke liang kubur
pasti getir bercampur khuatir
perjalanan hidup kan berakhir
menanti sua mungkar dan nangkir
...
ingin sekali aku
mempelajari ilmu doktor
entah bagaimana agaknya mereka
bersarapan penuh selera
mungkin juga bersama keluarga
sedang pesakitnya di wad tiga
memanggil mereka hilang suara
kurus melidi dan tinggal rangka
pasti mencabar iman dan minda
atau alah bisa tegal lbiasa
...
andai boleh aku
hendak mengikut kemana perginya
sang guru kita bersendaloka
dihujung minggu pastinya bahagia
kerana itulah hari harinya
mereka sentiasa mendapatkannya
sedang muridnya dihujung desa
belajar membantu keluarga berhuma
lintah menyambung panjang 'anu'nya
...
pelajaran terbesar tentulah pasti
bagaimana bisa bergelar pak menteri
cakap berdegar tak kering gusi
omongnya kosong tapi 'berisi'
didalam hujah sembunyikan taji
meresmikan rumah sekolah dan industri
namun hakikatnya ada pengundi
yang kaisnya pagi makannya tak lagi
...
kalau boleh ingin belajar
dengan saudagar matawang dan dinar
bank antarabangsa atau yang sekitar
bagaimana rasanya bermotorsikal besar
saat kaunter ditutup sebentar
sedang peminjam sengsara membayar
anak isteri dibiarkan berlapar
terpengaruh akan iklan diakhbar
pinjaman mudah selalu tersiar
...
kusorot hidupnya simata mata
sarapannya maki dan minum petangnya nista
saman tetap dikeluarkan juga
andai kesalahan berlaku didepan mata
sedikit keganjilan mengundang prasangka
macam macam fitnah menimpa
namun tuhan mempertahankan mereka
kerana seorang dan bukan semua
...
kerana mengaji dengan caraku
cukuplah bersaksi kerana ilmu
jangan mengeji sebelum tahu
kita teliti satu persatu
tersalah nanti kita kan malu!
...
Lobai:tmn impian putra, bangi
dengan caraku sendiri
tanpa buku buku tanpa kuliah ilmu
sedang cuma kamu yang menjadi guruku
sudi apalah kiranya kamu
meneladaniku dengan caramu
semoga aku beroleh, dan belajar sesuatu;
...
aku ingin berguru
denganmu sang algojo
bagaimana kamu tidur dan mampu berdengkur
selepas sebuah nyawa telah kau atur
dalam senarai ke liang kubur
pasti getir bercampur khuatir
perjalanan hidup kan berakhir
menanti sua mungkar dan nangkir
...
ingin sekali aku
mempelajari ilmu doktor
entah bagaimana agaknya mereka
bersarapan penuh selera
mungkin juga bersama keluarga
sedang pesakitnya di wad tiga
memanggil mereka hilang suara
kurus melidi dan tinggal rangka
pasti mencabar iman dan minda
atau alah bisa tegal lbiasa
...
andai boleh aku
hendak mengikut kemana perginya
sang guru kita bersendaloka
dihujung minggu pastinya bahagia
kerana itulah hari harinya
mereka sentiasa mendapatkannya
sedang muridnya dihujung desa
belajar membantu keluarga berhuma
lintah menyambung panjang 'anu'nya
...
pelajaran terbesar tentulah pasti
bagaimana bisa bergelar pak menteri
cakap berdegar tak kering gusi
omongnya kosong tapi 'berisi'
didalam hujah sembunyikan taji
meresmikan rumah sekolah dan industri
namun hakikatnya ada pengundi
yang kaisnya pagi makannya tak lagi
...
kalau boleh ingin belajar
dengan saudagar matawang dan dinar
bank antarabangsa atau yang sekitar
bagaimana rasanya bermotorsikal besar
saat kaunter ditutup sebentar
sedang peminjam sengsara membayar
anak isteri dibiarkan berlapar
terpengaruh akan iklan diakhbar
pinjaman mudah selalu tersiar
...
kusorot hidupnya simata mata
sarapannya maki dan minum petangnya nista
saman tetap dikeluarkan juga
andai kesalahan berlaku didepan mata
sedikit keganjilan mengundang prasangka
macam macam fitnah menimpa
namun tuhan mempertahankan mereka
kerana seorang dan bukan semua
...
kerana mengaji dengan caraku
cukuplah bersaksi kerana ilmu
jangan mengeji sebelum tahu
kita teliti satu persatu
tersalah nanti kita kan malu!
...
Lobai:tmn impian putra, bangi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan