Isnin, 7 November 2011

senyumanmu

senyumanmu

oleh Md Share Abd Ghani pada pada 01hb November 2011 pukul 2.02 ptg
senyumanmu
kali yang pertama
manisnya dihujung pandangan mata
dan ingatannya sampai bila bila
andai kau tanyakan kenapa
pasti jawabnya tersedia
kerana hati telah kau goda
dengan senyummu yang mesra
ikhlas jernih dan bersahaja
senyumanmu sicantik jelita
...
senyumanmu
selepas berkenal mesra
aku yakin serta amat percaya
akan begitu sampai bila bila
manis dan sentiasa kan menggoda
bercahaya seluruh isi buana
terpana dan sama menikmatinya
senyumanmu menceritakan segala
senyumanmu mengindahkan rupa
dan senyumanmu cerminan jiwa
untuk hati yang sedang mendamba
...
senyumanmu...
manisnya sampai bila bila

Tiada ulasan:

Catat Ulasan