cukuplah
cukuplah...
kerana memberikanku peluang bermadah
serta landasan untukku menjujurkan lidah
cukuplah membacanya sehabis hemah
untukmu tuan ku ucapkan jazakallah...
semoga tuhan kurniakan barokah!
...
cukuplah...
kerana mengizinkan untukku sebaris kalimah
nukilan dari hatiku yang paling pasrah
bukan mencari belah atau mencipta padah
sekadar berkalam dengan peri yang indah
moga tersingkap hijab hikmah juga sunnah
...
cukuplah...
kerana memahami bahasa hatiku dengan mudah
tiada perlu untuk aku mencerah sehalaman hujah
mencari siapa yang benar diantara yang salah
kerana ternyata yang hak itu semuanya milik Allah
yang bathil acapkalinya dari kita insan yang lemah
...
cukuplah...
kerana membenarkan untukku sepamer sembah
tentang tuntutan, harapan dan impian pasca sekolah
biarpun berseteru kita dengan debat tak sudah
syukur selagi bukan mencari yang menang dan kalah
memang adatnya punya pandangan disetiap belah
...
cukuplah...
dan rasanya setakat disini sempatku bermadah
menukilkan rasa dalam bahasa yang diperindah
ampunkan diri andai tersisa silap dan salah
kita manusia sebegitulah yang telah terfitrah
merasa lemah serta sering membuat salah!
...
Lobai: tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan