Isnin, 21 Mei 2012




sekutu malam

oleh Md Share Abd Ghani pada pada 11hb Mei 2012 pukul 1.13 pagi ·

biarku menyekutui malam
mengembara keliling alam
tika baringmu tegak diam
...
biarku menyekutui malam
bersengkang dari pejam
tika tubuhmu seketika kiam
...
biarku menyekutui malam
bersenjata dan seragam
tika mimpi melamar tilam
...
biarku menyekutui malam
membelah embun kelam
tika lenamu didalam suram
...
kerana selepas aku pulang
dengan wajah berbelang
dan cahaya mulai terang
putra puteriku telah hilang
diusung kenderaan penumpang
kesekolah pekan diseberang
...
kerana selepas aku pulang
tanpa peluru dan senapang
kamarku telahpun lapang
tinggalkan aku seorang
isteriku tinggalkan ranjang
dan akan pulang petang!
...
Lobai:tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan