Selasa, 2 Oktober 2012

LAGU RINDU PUISI HATI

sunyi...
malam ini hatiku sunyi
buah hati yang aku nanti
tiada mahu ikut bernyanyi
lagu rindu dan puisi hati
yang aku nukil tika kau pergi
...
sepi...
malam ini dikau menyepi
mungkinkah kerana menyesali diri
pada pertemuan yang terjadi
atau sepimu menguasai hati
airmata berkaca dipipi
...
oh rindu usah kau pergi
tinggalkan aku seorang diri
duduk termangu menghitung hari
sunyi bisu menyesali diri
oh rindu usah kau pergi
tinggalkan aku ternanti nanti
sua wajahmu menghibur hati
biarpun hanya didalam mimpi
...
sunyi...
malam ini hatiku sunyi
buah hati yang aku nanti
tiada mahu ikut bernyanyi
lagu rindu dan puisi hati
yang aku nukil tika kau pergi
aku nantikan dikau kembali
...
Lobai5981:tmn impian putra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan