Selasa, 30 Oktober 2012

Rahsia tak tersanggah

Kita jadi rindu pada sejarah
Pada sekian wajah wajah
Ibu serta ayah...
Pada arwah dan gemulah
Dan pada syahdu telingkuh atas sejadah
...
Kita ditinggalkan oleh masa dan usia
Justeru kita kiblatkan muka dan dada
Kita angkat harap dan angan dalam doa yang panjang
Terkadang berkesamping dengan airmata yang berlinang
Kitalah wajah wajah yang malang
Melekakan saat yang terluang
Dengan duga dunia: harta dan wang
...
Bila loceng usia dibunyikan
Kita masih berleka dengan kesesakan
Lantaran mimpi dunia begitu mengasyikan
Kitalah sang adiwira yang didendang
Dengan mentera puja bertingkah paluan gendang
...
Tatkala nyala merah neon dikamar awasan
Menanda sang pengamal perubatan sedang berhabis habisan
Kita mula sedar akan kewujudan tuhan
Dengan baki oksigen yang ditiupkan kebadan
Itulah saatnya harta dan dosa jadi setara
Tiada juga berharga lagi sementara
Dan tangisan yang kedengaran diluar kamar
Sendunya setakat sehari dua cuma
....
Kini berulang juga sejarah
Gemulah ibu juga ayah
Dan mimpi akan setiap wajah
Jadi rahsia tak tersanggah!
...
Lobai:tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan