Selasa, 26 Februari 2013

20 minit

20 minit ini
Oleh: md share abd ghani

20 minit ini
Dari seharian waktu
Ku huni lompang tersunyi
Dalam teratak hati
Duduk khusyuk dan berteleku
Menghiba masa yang berlalu

20 minit ini
Dari keseluruhan waktu
Ku uja langkah berani
Menjejak jatidiri yang pergi
Tinggalkan takdir bersendiri
Bersemuka dengan realiti

20 minit ini
Dari waktu ke waktu
Kukesali ketelanjuran laku
Mencipta istana palsu
Dikaki pelangi
Selepas gerimis pergi

20 minit ini
Dari awal waktu
Ku inginkan kau kembali
Mengisi hari hariku
Yang teramat sunyi
Selepas engkau berlalu

20 minit ini
Dari ini waktu
Beginilah harapanku!

Lobai: tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan