Selasa, 26 Februari 2013

catatan buat isteri

Suriku...
Usah kau hitung berapa malam dalam seminggu
Aku ikut lena disisimu
Dalam kamar beradu
Kerana telah lebih dua dekad masa berlalu
Rutinku begitu
...
Isteriku...
Jangan kau markahi aku
Dengan tinta merah dan biru
Atas segala kekuranganku
Sememangnya telah lama ku tahu
Semua keterbatasanku
...
Didalam seragam yang biru
Engkau telahpun kumadu
Dengan senjata dan peluru
Dan negaralah keutamaanku
Dan Didalam memilih perlu
Aku ini sering keliru
Antara tugas dan kamu
Akhirnya harapanmu layu
Mengiringiku kemuka pintu
Dipagi hari tersyahdu
Namun sungguhpun begitu
Anak anakmu tak perlu tahu
Yang membasah dilengan baju
Adalah titis pengorbananmu
...
Isteriku...
Lupakanlah kesedihanmu
Dan maafkanlah diriku
Kiranya aku tak mampu
Mendandani raut wajahmu
Sebahagia dan seayu..
Bak segala janji janjiku
Yang pernah terlafaz dahulu
...
Isteriku...
Sesungguhnya aku ini malu
Mengakui akan kekalahanku
...
Lobai:tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan