Ahad, 31 Mac 2013

Warkah buat dang suri

Warkah buat dang suri
Oleh: md share abd ghani


Isteriku
Ajarkan aku untuk tahu
Sebanyak mana kasih untukku
Kerana bagi diriku
Cukuplah semungkin senyum dibibirmu
Membisik dihujung renungan mataku
Duhai isteriku
Mendekatlah kau kepadaku
Sehingga menyentuh hela nafasku
Kerna balasan untukmu ada disitu
Sungguh menyintaimu saban waktu
Kutitipkan doa disebalik pintu
Setiap pergiku meninggalkanmu
Engkaulah destinasi yang ku tuju
Setiap pulang yang kutunggu tunggu

Isteriku
Disebalik senjata, seragam dan peluru
Kupasangkan azimat berupa wajahmu
Setiap kesentosaan ada pengorbananmu
Dan setiap pengorbanan hanya untukmu

Kemarilah isteriku yang satu
Ucapkan selamat buat diriku
Serta maafkan kesalahan nan lalu
Sesuatu yang tidak perlu kau tahu
Sehayat cinta kuserah padamu
Selamanya menjadi milik kamu

Lobai: tmn impian putra, bangi
Dedikasi sahabatku yg bergelar isteri
Dan yg meraikan sambutan ulangtahun perkahwinan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan