Antara Harapan Dan Jawapan
Oleh: md share abd ghani
Tatkala masa masih memisah
Antara kehidupan dialam nyata
Dengan kematian yang selama lamanya
Aku masih berlengah disini
Bergelumang dengan angan yang tersisa
Bersama gendala sebuah cecita
...
Setiap gerak uja yang diusaha
Sepasrahnya mengharap kurnia jaya
Dari amatan doa dan sehayat khidmat
Tinggal menanti redha Dia
Dan sekalong ucap penguat semangat
...
Kitalah sebuah jentera berhayat
Yang masih mengharap, mencari sebab selepas akibat
Dari keterujaan semangat penuh minat
Kita terlantar gering dan penat
Selepas bertemu jawapan dari seluruh ilat
...
Disini
Diantara dua sela masa
Aku menacap doa dalam dua solat
Satunya fardhu dan yang satunya sekadar sunat
Moga hari esok masih terakad
Untuk aku terus berharap
Pada syahdu kurnia dari Yang Maha Zat
Moga ada bahagianku disini dan diakhirat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan