Khamis, 23 Januari 2014

AKU DAN CARAKU

Aku dan caraku
Oleh; nd share abd ghani

Aku sudah tidak perduli
Lagu siapa telah diparodi
Tokoh mana menjadi juri
Dalam rancangan lawak terkini
Kerana didalam mindaku ini
Telah sesak dengan tragedi
Kejadian jenayah disana sini

Aku tak mahu ambil pusing
Siapakah calon yang terpelanting
Dalam cabaran memasak menggoreng
Kerna yang utama untukku kini
Cukupkah beras menjadi nasi
Dalam sekitaran berkos tinggi
Yang aku depani setiap harI

Aku tidak mahu kisah
Tokoh mana yang bergetar lidah
Menjadi wira menegak hujah
Samada pemerintah atau pembantah
Kerana aku kekal di bawah
Sedangkan mereka golongan mewah
Untuk mereka segalanya indah

Aku ingin menjadi diriku
Mengais yang halal sekadar perlu
Membaris doa didalam teleku
Semoga Allah mempercukupkan aku
Dengan nikmat seadanya dahulu
Akan ku usahakan selagi mampu
Menternak jiwa dengan caraku

Lobai: tmn impian putra
bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan