Segumpal Harapan
Oleh: md share abd ghani
Akukah yang berjalan
Di gersang siang bersendirian
Mencari jejak yang kautinggalkan
Bersama sebenih harapan
Tika masa memburu usia
Aku buntu mencari hala
Dan pada penghujung senja
Aku keletihan; berputus asa
Akukah yang bertempiaran
Di kebasahan malam mengharapkan
Akan ditunjuki mimpi kebenaran
Tatkala lena digelandangan
Kerana sebaik esok menjelma
Aku harus terus berusaha
Mencari tanda tanda
Membongkar rahsia cinta
Akulah yang kejerihan
Mencabar siang meremehkan malam
Dengan segumpal harapan
Yang nyatanya semakin kelam
Lobai5981: Tmn impian putra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan