Ahad, 16 Mac 2014

SYAIR ORANG SUFI

Syair Orang Sufi
Oleh: md share abd ghani

Orang sufi
Di mulutnya keluar al Quran
Pada langkahnya cuma jihad
Hatinya rindu hari kemudian
Tiada sehama ruang berhasad

Orang sufi
Matanya dibeningi tetes penyesalan
Lenanya sepincing mimpinya berazam
Tidurnya berteman dzikir sezaman
Orang sufi memilih berjaga malam

Orang sufi
Tidak memerlukan sebarang keajaiban
Biarpun sering datang bantuan
Dari penjuru yang tiada terjangkakan
Orang sufi berjuang untuk kebenaran

Orang sufi berani berpedang
Takkan lemah memburu husnul khotimah
Gugur syahid baginya anugerah
Dimakam bersama busana berdarah
Orang sufi cuma rebah kerana Allah

Orang sufi semakin tinggal sedikit
Mereka menahan kebenaran yang perit
Tiada memerlu bantuan di langit
Orang sufi tahu ganjaran bersakit

Lobai: alIkhlas
tmn impian putra


Dedikasi briged al Qassam @ Palestine

Tiada ulasan:

Catat Ulasan