Jumaat, 20 Jun 2014

LELANGIT HATI

Lelangit Hati
Oleh : md share abd ghani

Di hujung bebola mata
Ku lihat bebiru langit
Menghunjam lantai cahaya
Kedasar cintanya; sang samudera
Sedang di atas kepala
Mereka keduanya
Tidak jua bertegur sapa
Pelik dan tidak percaya
Alam sembunyikan rahsianya
Sedemikian rupa

Akulah lelangit itu
Memilih kejauhan
Untuk menafikan fakta
Ya akulah lelangit itu
Menghunjam rasa
Penuh keliru
Pada dunia yang aku tahu
Tidak pernah selamanya
Berada di telapak tanganku

Lobai5981: muka sauk
kpg labu lanjut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan