hati, tatkala berhasrat
.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 04hb Ogos 2011 pukul 11.27 pagi.
lalu hati ini teruslah berhasrat
saat ramadhan yang berkat
terhadap ayahanda bonda
kurniakan afiat !kerana berpuasa
kita seharusnya kuat; mensyukuri
anugerah yang telah kita dapat
seawal pagi sahur pertamaku
segelas air suam dan nasi goreng
yang baharu; kerana masih panas
begitu...hidangan sang suri buat
mengalas perut keluargaku
alhamdulillah...kami berusaha
menafikan ghairah, ramadhan
yang sederhana namun meriah!
kembali hati ini berhasrat
dalam munajat yang singkat
ramadhan ini kan kuberi hayat
agar kekal segar dan menetap
dalam hati kan berkiblat
tanda syukur dan rasa hormat
kepada Kemuliaan Zat;
Yang Maha Besar dan yang
janjinya kan sentiasa tepat
hati ini tersangat ingin
seandainya diizinkan...
meranumkan ramadhan
dengan doa memohon
belas serta kasihan
kurniakan ikhsan untuk insan
yang teramat memerlukan
singkapkan untuknya
tabir hati, terangkan pandang
dan lenturkan lidah pasrah
lagi menyerah! kerana masanya
telah hampir sudah. dia telah cukup berdosa
kepada sejarahnya janganlah lagi hendaknya
diseksa pandangan mata waris walatnya!
dan dalam doa seusai isya' dalam menanti
seruan tarawikh; aku rakam sekalam
atau lebih tepatnya sehimpun kudus
doa buat yang sangat memerlukan,
semestinya dalam riak wajah malu...
mulutku bisu memberitahu ; biarlah
cuma aku dan Dia yang tahu!
kurniakan dia kefasihan bicara
untuk setidaknya bersaksi
kepadaMu dan KekasihMu
biar tentu hala dan tuju
begitulah hati tatkala berhasrat
dalam doa yang terpamer niat
kepada tuhanku sekiranya dapat
amat kasihan mataku melihat
sedangkan hidup sudah melarat
amin...
amin...
amin...ya Rabbil alamin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan