Sabtu, 6 Ogos 2011

khutbah dan rahsia

khutbah dan rahsia




Dari pinggir ruang al ikhlas
seruan zakat diangkat
oleh khatib bertugas
dalam khutbah singkat

ramadhan bukti tegas
tentang hati yang belas
zakat mesti dijelas
beban sama digalas

ramadhanlah harinya
pintu syurga terbuka
ditutup pintu neraka
sabarku beransur lega

al ikhlas terus mengupas
makmum tersenyum puas
merasa maknanya bebas
dari syaitan yang buas

kubongkar satu rahsia
bukan untuk berbangga
sekadar berkongsi ria
pada mereka yang tiada

setiap waktu berzakat
selain mengikut syariat
aku tetap mendekat
terus pada yang berhajat

setiap bertukarnya tangan
beras yang dijinjingan
serta sedikit makanan
terasa akan kemenangan

ringan jadinya puasa
seringan sebuah derita
kalaupun sementara
tetaplah bermakna jua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan