Rabu, 3 Ogos 2011

disiplin ramadhan

disiplin ramadhan


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 04hb Ogos 2011 pukul 12.33 ptg.



andai santun sebuah ramadhan
diterjemah sebagai disiplin
pada bulan bulan yang lain
jiwa pastikan lebih yakin dan;
syurga tentukan lebih mungkin

hanya insan kesayangan
akan mendapat sentuhan
dari kemahuan tuhan
untuk mengisi iman
dengan amal kemuliaan

menahan dari melakukan
sebarang jenis kemungkaran
dari amal perbuatan
hingga tutur percakapan
dengan penuh kesabaran

ramadhan bulan berjimat
dari tingkah tiada hemat
fikir tak bermatlamat
dan ucap tanpa maklumat
sentiasalah kita beringat

ramadhan itu pelaburan
zakat yang dihulurkan
sedekah yang diberikan
pasti mendapat pulangan
nanti atau sekarang

ramadhan pakej senaman
dua puluh ataupun lapan
kita yang menentukan
yang terdaya dikerjakan
biar Dia menilaikan

ramadhan ujian insan
dengan pelbagai matapelajaran
jujur sabar dan bertahan
asas markah diberikan
serta yang Dia berkenan

dan yang gagal dalam ujian
usah malu ataupun segan
sentiasa ada pilihan
dalam menghayati ramadhan
usah pula ambil kesempatan!

ramadhan itu guru
mengajar bersama waktu
sekali ia berlalu
kita akan merindu
yang baharu pula ditunggu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan