Jumaat, 2 Disember 2011

bila rahsia bersuara

pabila rahsia itu bersuara
ruang sembunyi akan ternganga
perawan yang beradu dikamarnya
terlihat aurat dihadapan mata
...
pabila rahsia iru bersuara
palsu dan benar kan pasti berlaga
sengekata yang mengundang airmata
kalah dan menang bukan pula piala
...
pabila rahsia itu bersuara
dingin gerimis tidak lagi terasa
senyuman manis hilang pesona
sendu tangis kan mengambil tempatnya
...
pabila rahsia itu bersuara
yakin percaya akan dimahkota
istana mimpikan punyai raja
memerintah diri dialam yang nyata
...
pabila rahsia itu bersuara
hakim juri kan kehilangan kuasa
penjara hati membebaskan banduannya
selepas terkurung sekian lama
...
pabila rahsia itu bersuara
kemana akan ku letakkan muka
diatas dunia dihadapan Yang Esa
tiada tertanggung bebanan dosa
...
pabila rahsia itu bersuara
kebenaran jadi perinsip nyata
begitu pesanan ayahanda dan bonda
begitu tertacap dalam kitab lama
...
pabila rahsia itu bersuara
bersedialah kita menghadapinya
pahit manis kutelan sahaja
demi mengakui kebenarannya
...
Lobai:tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan