Rabu, 21 Disember 2011

nota rasa

nota rasa


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 21hb Disember 2011 pukul 10.35 ptg.

kami titipkan sekeping nota
atas apa yang kamu rasa
mungkin kami sekadar meneka
betapa hatimu luluh terluka
dek kerana mulut berbahasa
dengan janji semanis halwa
...
sungguh kita manusia
tewas dengan puji dan puja
juga pujuk rayu menggoda
hingga berderai airmata
tatkala tambatan kasih setia
dirungkai dengan tanpa rela
perahu mimpimu hanyut kekuala
karam ditimpa gelora samudera
...
adalah malang nasibmu berganda
selepas runtuhnya sebuah istana
teratak cita menumpangnya nyawa
musnah dibadai dek ribut dusta
sungguhlah benar pepatah berkata
sudah jatuh ditimpa tangga
begitulah akal membenarkan mata
mehihat kamu sendiri menderita
...
sungguh berat beban menyiksa
melihat kamu tiada berdaya
kemarilah kan ku khabarkan rahsia
simpankan dahulu si airmata
setiap yang teruji dan terduga
adalah kerana sayangnya Dia
mengingati kita diatas dunia
wajarlah kita mengingatiNya sama
mencintaiNya setulus rasa
...
entah esok ataupun lusa
pada waktu tiada terduga
kamu beroleh galang gantinya
dari izin dan kehendakNya jua
seorang putera berwajah syurga
berhati permata berjiwa sutera
begitu kami memanjatkan doa
mengharap untukmu bahagia
demi seorang sahabat lama
...
Lobai:tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan