Ahad, 4 Disember 2011

yang perih itu hati

yang perih itu hati
selepas kebenaran mendustai
kemana kan ku bawa diri
dan kemana harus aku sembunyi
membawa lara untuk diubati
mungkinkah dialam yang satu lagi
...
yang perih itu sememangnya hati
selepas tiada mampu menafi
cinta kasih tumbuh sendiri
mekar didalam taman yang sunyi
selepas dipinggir situan puteri
pemilik raga dan sanubari
...
yang perih itu tentulah hati
selepas gagal menahan diri
menjalin rasa memungkiri janji
membina istana diatas pelangi
akhirnya terjaga selepas bermimpi
istana mimpi roboh sendiri
...
dan yang perih didalam hati
selepas terjaga dipagi hari
menerima kenyataan hakikat diri
tiada tertawan puncak yang tinggi
melepasi awan tegak berdiri
sedangkan diri kerdil memerhati
...
yang perih itu hati
diperlukan dan ditinggal pergi
semaunya dan sesuka hati
selepas luka sembuh sendiri
dan ketika sinar datang menerangi
hati dipaksa pula untuk menafi...
...
sememangnya yang perih itu adalah hati
sukarnya membuat keputusan kini
dalam memilih yang dahulu dan kini
kedua duanya saling melengkapi
antara keperluan dan kehendak diri
memang sudah nasibku begini...
...
Lobai-tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan