Ahad, 29 April 2012


kembali

oleh Md Share Abd Ghani pada pada 31hb Mac 2012 pukul 9.22 ptg ·

aku kembali kesini
setiapnya aku pergi
istana airmata ; nama yang aku reka
kerana setiapnya ada gembira,
pulangnya pastilah lara
pelbagai warna diteka
kesat kata tertempa
wajah ikut mencuka
jelingan yang miskin manja!
...
aku kembali kesini
setiapnya aku pergi
biar disambut nista; bukan senyuman mesra
atau secangkir kopi diatas meja,
semuanya jadi biasa
bersyukur sekiranya ada
pasrah yang disebaliknya
asalkan masih setia
sihat didepan mata
memadailah bagiku, begitu ku kira!
...
aku akan kembali
setiapnya melangkahkan kaki
kerana istanaku disini
dan akadnya memang begini
bahagia derita dikongsi
senang dan susahnya nanti
kan kutanggung sendiri!
...
aku akan kembali
setiapnya meninggalkan pergi
kerana aku ini lelaki
kerana aku telah berjanji
bahwa aku akan kembali!
...
Lobai:tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan