Ahad, 29 April 2012


pondok budi dan menara mimpi

oleh Md Share Abd Ghani pada pada 30hb April 2012 pukul 12.09 ptg ·

yang ku hajatkan ini
sekadar pondok budi
membantu sesuap nasi
bukan menara terpuji
untuk baka kasta tertinggi
seperti yang kau mimpi
...
marilah sertai kami
intai diserata negeri
bantu serta basmi
keciciran ekonomi
pendidikan apatah lagi
inikan lebih murni?
...
jangan semakkan kepala
memikir harta dan kuasa
dalam mengekalkan kasta
membina empayar dan menara
untuk keturunan kita
rezeki takkan kemana
...
bantulah juga mereka
kehilangan tonggak keluarga
mimpi mereka nestapa
sarapan mereka airmata
nasinya berlaukkan kelapa
esok menunya serupa
...
kasihanilah mereka
mata menjadi buta
pada hukum agama
pendidikan tak sempurna
kerana kealpaan kita
yang memiliki segala
...
ketika kita leka
melihat model menara
serta bentuk lencana
untuk anak anak kita
yatim mengunjungi pusara
itulah sekolah percuma!
...
disekolah yang percuma
gurunya akal kita
subjeknya alam maya
dan ilmunya pancaindera
tajuknya ringkas sahaja
kehidupan ini sementara
...
disekolah yang percuma
gugur bebunga kemboja
menimpa nisan pusara
dan dikamar sebuah menara
tidur seorang pengetua
mimpinya sebuah keranda
...
Lobai:tmn impian putra, bangi 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan